Friday 16 April 2021

Catatan Ramadan

 

Ramadan ni datang setahun sekali saja. Kecewa yang kita alami tu, akan datang berkali-kali. Tak mengapa. Untuk bulan ini sahaja, saya, awak, kita, lebih tingkatkan dan fokus untuk beribadah.


Berubah menjadi lebih baik daripada sebelumnya. Lupakan segala buku lama. Kesedihan. Kekecewaan. Dan apa jua rasa tidak puas hati. Tinggalkanlah rasa itu seketika. Gunakan sebaik mungkin bulan Ramadan ni mendekatkan diri dengan Tuhan.


Kalau Tuhan itu dia uji kita dengan kecewa, dia juga berhak menukarkan kecewa tadi menjadi bahagia. Gunakanlah peluang Ramadan ini sebaik mungkin. Doa agar segala rasa sakit hati, kepedihan hati, kehancuran hati ini, Tuhan akan gantikan dengan perkara, keadaan, peristiwa, hatta orang sekeliling yang jauh lebih baik.


Dan paling tinggi, kita akan mengetahui di atas semua perkara yang kita lalui sepanjang kehidupan ini, manusia itu sekadar peneman sementara. Yang kekal tetap Dia. Hanya Dia. Dia yang akan kekal menjaga keselamatan hati, ketenteraman dan kebahagiaan jiwa yang selama ini, kita hanya letakkan kepada manusia.


Moga Ramadan ini, Ramadan terakhir untuk kita merasakan kesedihan. Dan hari-hari selepas itu, kita akan menjadi orang yang lebih tenang dan besar jiwanya.


Senyumlah. Dan berbahagialah. Kita tidak keseorangan. Tuhan itu, Dia sayang sangat dengan kita semua.


Ramadan Kareem

4 Ramadan 1442H