Thursday 18 November 2021

Nota buatku - Dipetik dari buku; Mawaddah Ilmi Ingin Pulang

"Maafkan diri sendiri atas segala apa yang telah berlaku. Apa-apa yang sudah berlaku, sudah pun berlaku tak kira salah siapa. Bayangkan makanan jatuh, kita takkan boleh makan lagi makanan itu biar kita sesal macam mana pun. Menyesal akan buat kita lebih merana sedangkan makanan itu takkan kembali. Jadi kenapa tidak kita fikir macam mana hendak bangkit semula, terima apa yang berlaku, dan cari cara untuk dapatkan makanan baru? Kita takkan boleh putarkan semula masa, tetapi satu perkara yang pasti, kita boleh betulkan apa yang ada sekarang."


"Sebenarnya memang ada sesetengah manusia yang berfikir begini. Mereka anggap, hidup dengan sengsara dan derita itu dekat kepada keimanan. Sedangkan Nabi juga suruh kita berdoa supaya dikeluarkan daripada kesedihan. Tuhan tidak suruh kita bersedih dan hidup menyeksa diri sebagai tanda keimanan. Akhirnya kita jadi selesa berputus asa, menyerah kalah, dan kita kata itu suruhan agama. Tuhan suruh kita bangkit, semangat, kejar apa yang kita mahu, bergembira dengan apa yang baik. Dan untuk capai semua tu, kita kena usaha, beranikan diri untuk melangkah ke depan."


"Mungkin sebab ibu bapa kita tidak menggalakkan kita memahami perasaan. Dan mereka sendiri tidak iktiraf perasaan kita. Mereka tidak beri ruang kita teroka perasaan-perasaan kita semasa kita kecil. Kita terbiasa tutup perasaan itu sebelum kita merasainya betul-betul. Istilahnya adalah pengabaian emosi. Kita mengabaikan emosi kerana itu yang diajar kepada kita sejak kecil. "


"Tak guna kita salahkan sesiapa, termasuk diri kita sendiri. Sentiasa ingat yang diri kita sama penting dengan apa sahaja yang kita pentingkan dalam fikiran kita."

- Dr Afnani