Monday 2 August 2021

MANUSIA ITU LEMAH

 

Rindu yg paling sakit adalah rindu pada mereka yang dah tiada..sungguh, andai masa itu boleh diundur, ingin aku betulkan segalanya..biar tiada cacat cela, tiada yg membenci, tiada yg terkorban..


Sungguh, hidup ini penuh dengan memori yang melekat kuat dalam kotak ingatan kita..Cuma, adakalanya kita sakit sendiri..Kerana kita tak boleh pilih memori mana yang kita nak simpan dan yang mana kita nak buang jauh supaya kita tak ulang ingat kembali..


Selalu sangat yang jadi kita teringat memori yang penuh duka dan air mata..Seolah perkara yang menyedihkan itu baru sahaja berlaku tadi..Sedang ia sudah bertahun berlalu..Maka kita terus kecewa hingga ke saat ini..


Iya, itulah kita..Sangat lemah..Hinggakan nak mengawal fikiran sendiri pun tidak mampu..


Kalau boleh, kita nak biarlah yang baik-baik sahaja, yang indah-indah belaka yang kita lalui..Tetapi, hidup tidak begitu.. Ia berjalan bukan atas kehendak kita, tapi kehendak Dia..


Adakalanya, kita diletakkan dalam situasi yang kita kena hidup dan bertemu dengan orang-orang tertentu, yang kalau kita tak nak sekali pun, dunia ini membawa kita ke arah hidup yang begitu..Dan adakalanya, orang yang kita terlalu sayang dan berharap takkan tinggalkan kita, orang itulah yang terlebih dahulu tinggalkan kita..


Itu maksudnya, Tuhan lah yang berkehendak kita ke arah itu..Maka kita kena perlahan-lahan terima dan sedar, waktu itu, bukan lagi kita berjalan atas kehendak kita, tapi atas jalan yang Tuhan dah susun..


Belajar menerima..Belajar untuk akui yang kita cuma hamba..Kita bukan tuhan yang boleh pastikan semua benda yang kita nak akan berlaku..


Selalulah bertanya pada diri..Apa kebaikan yang Tuhan mahukan daripada diri aku dengan semua yang Tuhan takdirkan ini?


Tukarkan fokus kita untuk melihat kepada kebaikan yang Tuhan nak hadiahkan..Bukan ujian yang Tuhan sedang berikan..Supaya kita mudah untuk melangkah jauh lagi ke depan..Hidup sebagaimana kita hari ini, bukan lagi yang dulu..Begitulah..


Selamat berjuang buat jiwa-jiwa yang sedang diuji..🌹

No comments:

Post a Comment