Thursday 9 March 2017

UKHUWAH DAN ITSAR

Iman, fikrah, dan ukhuwah adalah ruh kepada Amal Islami dan organisasi. 

Istilah "ruh" memberi kita faham bahawa tanpa ruh, sesuatu jasad itu adalah mati dan tidak bernyawa. Jasad atau fizikal yng tidak bernyawa akan mengalami proses pereputan, pembusukan, dan kehancuran.

Kerana itu, demi menjaga kelangsungan Amal Islami, Imam Hasan Al-Banna sangat mengutamakan Tarbiyah sebagai satu-satunya cara menyuburkan Iman, Fikrah, dan Ukhuwah.

Syeikh Ali menceritakan sewaktu beliau da para Ikhwan disumbat ke dalam penjara oleh regim Gamal Abdul Nasir pada tahun 1960an, sel penjara kecil yang hanya sesuai dimuat untuk beberapa orang telah dipaksa isi seramai 12 orang, termasuk beliau. Di hujung sel kecil itu terdapat lubang tandas untuk sesiapa buang air besar dan kecil di khalayak teman sebilik. 

Bila tiba malam hari untuk tidur, ruang sempit sel tidak cukup untuk semua mereka tidur dengan susunan biasa. Ada teman yang terpaksa tidur dengan cara duduk. 

Akhirnya mereka mendapat susunan terbaik yang membolehkan kesemua mereka 12 orang tidur di atas lantai, iaitu susunan kepala bersilang kaki. Dengan kata lain, kepala-kaki-kepala-kaki.

Kepala teman yang terakhir adalah di lubang tandas tersebut. 

Hasil didikan Imam Hasan Al-Banna, setiap hari sejak petang lagi kesemua ahli sel telah berebut "booking" untuk tidur di lubang tandas tersebut.

Itu tahap ukhuwah yang tertinggi, iaitu A-l-Ithar (melebihkan mukmin lain, lebih dari diri sendiri).

Ini adalah satu keutamaan yang sangat agung dan besar, sebagaimana yang diriwayatkan dalam sebiah hadis, nabi SAW bersabda,

"Orang yang paling dicintai Allah adalah yang paling  banyak memberi manfaat kepada orang lain. Amalan yang paling dicintai oleh Allah adalah kesenangan yang diberikan kepada sesama Muslim, menghilangkan kesusahannya, membayarkan hutangnya, atau menghilangka  rasa laparnya. Sungguh, aku berjalan bersama salah seorang saudaraku untuk menunaikan keperluannya lebih aku sukai dari ber'iktikaf di masjid ini (Masjid Nabawi) sebulan lamanya. Barangsiapa berjalan bersama salah seorang saudaranya dalam rangka memenuhi keperluannya hingga selesai, maka Allah akan meneguhkan tapak kakinya pada hari ketika semua tapak kaki tergelincir. Sesungguhnya akhlak yang buruk akan merosak amal sebagaimana cuka yang merosak madu.."

- Diriwayatkan oleh Ibn ' Abid Dunya dengan sanad Hasan -

Justeru, kerana itu dakwah Ikhwan berkembang ke serata dunia. Jasad organisasinya hidup, bahkan sihat dan teguh, kerana ruh organisasinya segar dan kuat.

Ini mengingatkan kisah Ithar di zaman Rasulullah SAW, bila seorang sahabat mengajak seorang sahabatnya yang lain untuk makan di rumahnya yang mempunyai makanan cukup untuk seorang.

Bila tiba saat menjamah makanan, isterinya memadamkan lampu pelita, lalu tetamu itu makan dengan harapan tetamu dapat makan sepuasnya.

Sejarah sejak sebelum dan selepas merdeka menunjukkan banyak parti, NGO, kelab, persatuan dan badan di Malaysia yang telah mengalami pereputan dan lenyap ditelan zaman.

Berkata Syeikh Dr. Abdullah Azam Rahimahullah,
"Jika kalian berada dalam sebuah jamaah, maka janganlah kalian menganggap jamaah kalian yang paling benar sekali, sedangakn jamaah lain kalian anggap salah. Kerana para daie, mujahidin, dan orang-orang yang ikhlas dalam "iqomatud deen" selain kalian sangat banyak.

Maka kalian telah melakukan perbuatan dosa dengan menyombongkan diri kerana menyangka hanya jamaah kalianlah yang paling benar dan meremehkan jamaah yang lainnya serta mencela orang lain yang turut sama berjuang menegakkan syariat islam dengan mengatakan 'orang ini telah kafir', 'orang itu adalah perisik, sudah murtad, dan menjelek-jelekkan di hadapan orang lain.'

Janganlah kalian membatasi kebenaran itu hanya pada murobbi kalian saja dan ambillah kebanaran itu dari siapa saja serta hormatilah manusia.."

Moga Allah swt memelihara amal dakwah yang sedang kita perjuangkan di zaman penuh fitnah ini..

Allahumma Aamiin..  

No comments:

Post a Comment