Wednesday 28 December 2016

KAHWIN MUDA

Bro, kenapa hang sibuk sangat nak kahwin muda? Cer habaq sikit..

Jawapan common :

1- NAK ELAK MAKSIAT
2- NAK JAGA MATA/HATI

Adakah nilai perkahwinan hanya sekadar ini? Hanya sekadar ghairah mahu melakukan hubungan seks secara halal? Then lepas tu? Cerai? Cari orang lain pula?

Sebenarnya, benda ini perlu dilakukan sebelum berkahwin lagi.

Marriage is a big issue dude. It's about a lifetime. It's about responsibility. 

Marriage isn't all about you cuddle her on the bed. Isn't all about you kiss her on the forehead. Isn't about you hug her all the time. 

You also need to consider if someday you guys need to face financial problem. If someday she pregnants in the middle of her studies.

What should you do if someday you guys have some misunderstanding. How you control yourself untuk sabar dan tolerate dengan dia, untuk tak tinggikan suara pada dia, tak tengking dia, tak naikkan tangan pada dia. Atau yang perempuan pula bila ada masalah terus minta cerai. Yang lelaki pula sibuk nak kahwin lain.

Most importantly, marriage isn't a goal. It's higher level of journey in your life. We are Muslim. Our goal is to reach Allah's pleasure. Our goal is to reach the Jannah. Our goal is to breed a good children.

We have been created for purposes. As a servant, as a khalifah.

Then why you damaged your heart with a filthy bad deeds before marriage? Why you waste your time by thinking of him/her?

If we couldn't fulfill our amal fardhi and compulsary ibadah asked by Him, we couldn't even take care of our own heart, then why you are thinking of moving to another level of responsibility?

Seriously if you couldn't even take your leg to perform daily prayers, you cannot handle your heart problem, how do you expect you could take yourself to the heaven? And if you couldn't even take youself to heaven, how do you expext to take another?

Please, be serious in marriage. It's about the responsibilities you have to hold for your whole life and hereafter.

Make some preparation, pure your heart, build a good relationship with people, then make du'a and left the rest to Allah. He will surely arrange the best people to become your partner. You just have to believe, he never makes a mistake. He will give you when He knows you are ready.

Lastly, don't rush into marriage just because you worried most of your friends already heve a spouse. He will give you soon. He will. Have faith, and just believe in Him. 

May Allah bless us.. 

HIJRAH DAN BERUBAH

Hijrah itu tidak terikat dengan ruang dan waktu. Hijrah itu sifatnya berterusan, bahkan hijrah harus sentiasa dilakukan!

Kata kunci hijrah adalah "PERUBAHAN". Iaitu perubahan diri menuju ke arah yang lebih baik dalam segala hal.

Usah ragu dan risau akan duri-duri dan rintangan serta kata-kata cacian yang mungkin mencucuk apabila kita berada di atas jalan perubahan ini. 

Biarkan mulut orang terus berbunyi, kerana hijrah dan perubahan kita seharusnya adalah semata-mata kerana mengharapkan redha Allah. Jika redha Allah yang kita kejar, In Shaa Allah redha Allah lah yang kita akan dapat. Penilaian Allah itu lebih utama.

Kita tidak perlu buang masa nenonjolkan diri kita sebagai insan yang terbaik pada pandangan manusia, tapi berusahalah untuk jadi insan yang terbaik kerana Allah.

Try to be somebody in the eyes of Allah, even you are nobody in the eyes of people.

Mulakanlah langkah untuk berhijrah, sekalipun harus mengengsot! Kerana pemilik kunci syurga dan neraka tidak tergantung pada tangan dan mulut manusia.

Teruskan berhijrah kerana Allah, abaikan melodi sumbang yang menari-menari di sekitar kita, kerana kita takkan mati dikutuk, takkan juga hidup dipuji!  

SAYANG MAK ABAH

Ayah dan ibu, baba dan mama, abi dan ummi.

Walau apa pun gelaran mereka, namun mereka tetap insan yang sama. Insan biasa yang mempunyai ketulusan kasih sayang yang luar biasa.

Kasih ibu dan ayah tidak akan pernah sirna walaupun anak-anak pernah mengasari dan menyinggung perasaan mereka. 

Merekalah insan yang benar-benar mampu menjaga dan menyayangi kita tanpa mengaharapkan sebarang ganjaran, hadiah, mahupun penghargaan.

Seorang ibu, dialah yang telah bertarung nyawa untuk melahirkan kita ke dunia. Belaiannya memenuhi setiap ruang nadi kehidupan hingga mampu mendidik dan mengasuh kita untuk menjadi insan terbaik.

Seorang ayah, setiap titis keringatnya yang jatuh ke bumi, tidak ternilai harganya. Siang dan malam berpenat lelah mencari rezeki untuk kita, malah setiap permintaan kita akan cuba dipenuhi walaupun dalaam keadaan susah.

Begitu besar dan hebatnya pengorbanan seorang insan yang bergelar ibu dan ayah. 

Justeru, ketahuilah walau siapa pun kita, walau sehebat mana kita, walau berjaya setinggi langit pun, tetapi tanpa doa dan restu ibu ayah, maka tiadalah keberkatan dan ketenangan hidup.

Akhir kalam, hargai dan sayangilah ibu bapa walau siapa dan bagaimana pun mereka. Kerna bila mana mata mereka sudah tertutup, akan hilanglah sati keberkatan yang paling besar ke atas diri kita, iaitu DOA mereka.

BELAJAR KERANA ALLAH?

"Tuntutlah ilmu dari buaian dan liang lahad".

Frasa ini seiring dengan wahyu pertama yang diturunkan kepada rasul kita Muhammad SAW dengan kalimah " IQRA' " yang bermaksud " BACALAH".

Itulah antara kata-kata yang membuktikan  bahawa ilmu sangat penting dalam pembinaan tamadun manusia.

Kerana ilmu, penawar kepada penyakit dicipta. Kerana ilmu, bangunan pencakar langit dibina. Kerana ilmu, mampu membentuk jati diri manusia. 

Di zaman metropolitan ini, jika seseorang itu tidak mempunyai ilmu, mereka akan ketinggalan dan mengalami kesusahan dalam kehidupan. Baik dari perspektif ukhrawi mahupun duniawi itu sendiri.

Untuk itu, jika mahu memperoleh serta mendalami sesuatu ilmu, kita perlu berusaha dengan gigih kerana ilmu tidak datang sendiri. Bak kata peribahasa, yang bulat tidak datang bergolek, yang pipih tidak datang melayang.

Menurut Islam, ilmu pengetahuan adalah ukur tara yang jelas bagi membezakan antara seorang dengan seseorang yang lain.

Ini dijelaskan melalui firman Allah, " Katakanlah, adakah sama orang yang mengetahui dengan yang tidak mengetahui.." (Surah Az-Zumar : 9)

Oleh itu, jangan jadikan alasan kita terlalu sibuk dan tiada masa untuk menuntut ilmu. 

Buku ada untuk dibaca, "recording" ada untuk didengar, "Youtube" ada untuk dilihat, kelas "online" ada belajar, golongan asatizah ada untuk didekati.

Tinggal kita sahaja yang perlu menggerakkan diri sendiri dan inilah masanya kita menyental daki-daki kemalasan dalam diri. Kita tidak boleh selamanya mengharapkan bantuan orang sekeliling untuk "memapah" kita.

Takkan kita hendak biarkan diri kita ketinggalan dari menyumbangkan sesuatu yang terbaik untuk ummat ini? Sampai bila kehebatan umat Islam hanya disebut-sebut dalam sejarah yang akan luput dimamah masa, tanpa ada usaha untuk mengembalikan kegemilangannya pada masa kini?

Akhir kalam, tuntutlah ilmu. Kerana tidak akan diperoleh sesuatu ilmu dengan badan yang berehat!