Wednesday 28 December 2016

SAYANG MAK ABAH

Ayah dan ibu, baba dan mama, abi dan ummi.

Walau apa pun gelaran mereka, namun mereka tetap insan yang sama. Insan biasa yang mempunyai ketulusan kasih sayang yang luar biasa.

Kasih ibu dan ayah tidak akan pernah sirna walaupun anak-anak pernah mengasari dan menyinggung perasaan mereka. 

Merekalah insan yang benar-benar mampu menjaga dan menyayangi kita tanpa mengaharapkan sebarang ganjaran, hadiah, mahupun penghargaan.

Seorang ibu, dialah yang telah bertarung nyawa untuk melahirkan kita ke dunia. Belaiannya memenuhi setiap ruang nadi kehidupan hingga mampu mendidik dan mengasuh kita untuk menjadi insan terbaik.

Seorang ayah, setiap titis keringatnya yang jatuh ke bumi, tidak ternilai harganya. Siang dan malam berpenat lelah mencari rezeki untuk kita, malah setiap permintaan kita akan cuba dipenuhi walaupun dalaam keadaan susah.

Begitu besar dan hebatnya pengorbanan seorang insan yang bergelar ibu dan ayah. 

Justeru, ketahuilah walau siapa pun kita, walau sehebat mana kita, walau berjaya setinggi langit pun, tetapi tanpa doa dan restu ibu ayah, maka tiadalah keberkatan dan ketenangan hidup.

Akhir kalam, hargai dan sayangilah ibu bapa walau siapa dan bagaimana pun mereka. Kerna bila mana mata mereka sudah tertutup, akan hilanglah sati keberkatan yang paling besar ke atas diri kita, iaitu DOA mereka.

No comments:

Post a Comment