Saturday 3 June 2017

TANYA SAMA ITU HUD-HUD LANG MENSILANG KUI MENGSIKUI~

[Hud hud]

Pulang dari solat terawih, sambil drive kereta, sempat juga aku melayan salah satu siaran radio islam. Apa lagi bila DJ nya menyiarkan lagu tanya sama itu hud hud. Memang Ralit.

Tapi aku pelik. Radio islam memainkan lagu begini! Kalau lagu nasyid, tak lah menghairankan. Memang sebelum ini pun aku sering dengar lagu M Nasir ini dan memang aku suka musiknya namun aku tak kisah sangat akan liriknya. Tapi kali ini teruja pulak aku untuk menghayati liriknya! Kerana di bulan ramadan, dan diradio islam memutar lagu ini buat aku curious sangat! Sebab lagu ini bukan lagi islami.

Tapi setelah aku menghayati liriknya dengan penuh penghayatan, barulah faham kenapa lagu ini dimainkan dicorong radio ini. Hebat. Memang M. Nasir ini hebat. Dan sememangnya lagu ini penuh seni dan dalam maknanya bagi yang ingin mendalami seni lagi ini.

Sebenarnya lagu ini merupakan sebuah lagu yang menceritakan tentang “Rukun Agama”. Jika dirujuk di dalam Kitab Hadis Arbain Imam Nawawi, pada hadis kedua, kita akan mengetahui apa itu “Rukun Agama”. Rukun agama adalah Iman (Akidah), Islam (Fiqh) dan Ihsan (Tasawwuf). Lagu ini menggarap kesemua hal ini dalam sebuah jalan cerita yang zahirnya tidak kelihatan sebagai sebuah tazkirah dan kefahaman.

Bagi aku, karya M Nasir  banyak membuahkan isi tersirat yg memberi sejuta makna yang mendalam.

Mari kita telusuri satu satu bait ayat dari lagu ini!

73 PINTU, 73 JALAN, YANG SAMPAI HANYA SATU JALAN.
(Mafhum hadis, umat Islam berpecah kepada 73 aliran Mazhab Akidah. Yang benar hanya satu iaitu Ahlus Sunnah Wal Jamaah)

RIBU-RIBU MARGASATUA MENCARI RAJA SI MURAQ. YANG SAMPAI HANYA 30..30..
(Ini merupakan syair sufi lama Parsi karangan Fariduddin al-Attar Naisaburi dalam kitabnya “Mantiq at-Tayr” yang mengisahkan tentang Margasatua menempuh 7 Gunung Tasawwuf iaitu Ammarah, Lawwamah, Mulhamah, Muthmainnah, Radhiyyah, Mardhiyyah dan Kamil)

UUH… SANG ALGOJO… UUH… NANTI DULU
(Ya Izrael, sebelum mati aku ingin mencari ilmu Fardhu Ain bagi melengkapkan Rukun Agama)

LIHAT DUNIA DARI MATA BURUNG ATAU LIHAT DARI DALAM TEMPURUNG. YANG MANA SATU ENGKAU PILIH.
(Pilihan sama ada nak “Terbang” mencari ilmu bagi mendapat pandangan yang luas atau “Terperap” malas mengaji hingga terus hidup jahil)

DALAM KALUT ADA PERATURAN, PERATURAN CIPTA KEKALUTAN. DIMANA PULA KAU BERDIRI. DISINI.
(Manusia jahil dahulu hidup tak tersusun, maka diwahyukan Hukum-Hakam Syariat/Fiqh bagi mengurus kehidupan. Namun kini kita hidup di zaman orang mencipta pergaduhan melalui putar belit ilmu Fiqh hingga isu-isu Khilaf Furuiyyah yang telah diselesaikan ratusan tahun dulu diperdebat semula – dek kerana munculnya golongan La Mazhabiyyah/Tolak Mazhab atau Talfiq Mazhab/Campur Aduk Mazhab)

BERIKANKU KESEMPATAN AKHIR INI, UNTUK MENYATAKAN KALIMAH SEBENAR. BERIKANKU KESEMPATAN INI. LAI LAI LAI LAI LAI LAI LAI…
(Sebelum mati, marilah sempurnakan Rukun Agama bermanhajkan Kalimah La ilaha ilallah, Muhammad Rasulullah)

TANYA SAMA ITU HUD-HUD
(Hud-Hud memimpin Margasatua bertemu “Raja Si Muraq”. Kenapa Hud-Hud? Kerana Hud-Hud lah yang mampu mengesan kekufuran Ratu Saba’ hingga menyebabkan akhirnya Nabi Sulaiman Talkinkan Syahadah. Sesungguhnya kemampuan Hud-Hud mengenal Haq dan Batil ini adalah kerana ia sebenarnya Arifbillah. Maka bertanyalah kepada Arifbillah tentang Makrifah)

LANG MENSILANG, KUI MENSIKUI
(Ini merupakan perkataan Cina yang bermaksud “Orang pun bukan, Hantu pun bukan”. “Hud-Hud” yang Arifbillah ini menjelaskan bahawa sifat Tuhan itu bukan berjisim seperti manusia dan bukan hanya khayalan seperti hantu. Maka ternafilah iktikad Mujasimmah yang me-Tasybih-kan Tuhan dan iktikad Muktazilah yang Me-Ta’thil-kan Tuhan)

KERANA DIA YANG TERBANGKAN AKU KE MARI
(Kisah Hud-Hud yang Mursyid ini membawaku mengenal Tuhan)

Allahu Allah.

Ramadan kareem,
8 ramadhan 1438H

1 comment:

  1. Jikalau sungguh dibaca tentang Mantiq at-Tayr itu, dapatlah dikaitkan Lang Mensilang Kui Mensikui (orang bukan orang, hantu bukan hantu) itu sebagai baginda Nabi Muhammad SAW. Baginda menyampaikan 30 juzu' isi kandungan al-Quran. Boleh jadi, tujuh lembah itu melambangkan tujuh ayat dalam surah al-Fatihah yang merungkai segalanya.

    Baginda Nabi SAW memohon izin, “nanti dulu wahai Malaikat, aku mahu sampaikan risalah Tuhan ini”. Lihat dari mata burung bermaksud wahyu pertama yang memerintahkan agar Iqra', bacalah, perhatikanlah, amatilah, cernalah.

    Dalam silibus subjek sejarah peringkat sekolah, bab Tamadun Awal Asia Tenggara, dipelajari 4 jenis tulisan iaitu Hieroglif, Ideogram, Piktograf, dan Cuneiform. Baginda barangkali buta huruf dari sudut tulisan Arab tetapi tidak buta huruf dari sudut gambaran keadaan jahiliyyah masyarakat pada zaman itu. Inilah rahsia Iqra'.

    Lagu ini sungguh mendalam seninya dari segenap aspek. Menyentuh kesepaduan agama sebagai cara hidup yang menggabungjalin aqidah/tawhid (Iman), syari‘at/fiqh(Islam), dan tasawwuf/akhlak (Ihsan).

    Wallahu a’lam.

    ReplyDelete