Sunday 14 May 2017

ALLAH SAYANG KAU!


Ada kisah tentang pembunuh yang membunuh 99 orang dan dia telah menyesal lalu bertaubat..Dia pergi bertemu seorang abid untuk bertanya hal tersebut, namun si abid itu menyatakan bahawa tiada harapan lagi buatnya..Mendengar jawapan itu, si pembunuh tidak berpuas hati lantas membunuh si abid itu..

Kemudian dia menyesal, lantas meneruskan pengembaraan mencari jalan taubat hingga bertemu dengan seorang alim..

Si alim itu menyatakan bahawa dia masih punya harapan dan menyuruh dia pergi ke sebuah kampung kebaikan dan bertaubat di sana..Lantas pembunuh itu segera ke sana, namun, dia mati di pertengahan jalan..

Lalu malaikat rahmat & malaikat azab datang berebut untuk mengambilnya kerana tidak pasti apakah dia layak ke syurga atau neraka..

Maka Allah menyuruh kedua-dua malaikat itu mengukur jarak lelaki tersebut mati, apakah lebih dekat dengan kampung kebaikan yang membolehkannya mendapat syurga, atau lebih hampir dengan kampung lamanya yang menyebabkannya ke neraka..

Bila diukur, ternyata dia dekat dengan kampung kebaikan, lantas malaikat rahmat mengambilnya..

Walau ulama' berbeza pendapat mengenai tahap kesahihan kisah ini, tapi ada beberapa ibrah yang boleh kita kutip..

Pertama, dalam usaha kita untuk berubah, kita perlu tinggalkan dan jauhkan diri sebentar dari tempat2 yang tidak memberikan suasana yang kondusif ke atas jalan perubahan kita..Jarakkan diri sebentar daripada kawan-kawan atau keluarga yang tidak menyumbang aura positif pada kita..JARAKKAN, BUKAN PUTUSKAN HUBUNGAN terus..

Kedua, usah berputus asa bagi pendosa untuk bertaubat walau sudah banyak kali melakukan dosa..Sebagaimana kita tidak jemu melakukan dosa, janganlah juga jemu untuk bertaubat..

Bagi pendakwah, banyakkan memberi harapan dan motivasi kepada pendosa dengan menceritakan bahawa Allah Maha Mengampuni serta buka ruang tentang bagaimana cara terbaik untuk berubah..

Tugas kita bukanlah menghamburkan kata-kata kesat kepada pelaku maksiat atau berlagak seperti Tuhan untuk menghukum seseorang itu mendapat syurga atau neraka..

Selagi nyawa belum ditarik hingga ke kerongkong, dan selagi matahari belum terbit di sebelah barat, pintu taubat masih dibuka seluas-luasnya untuk kita..😊

No comments:

Post a Comment