Sunday 14 May 2017

BOIKOT MCD WAJIB KE?



[Nasihat Buat Pemboikot McD dan sebagainya]


Ini merupakan nasihat daripada seorang saudara kalian yang turut memboikot semampu beliau produk-produk yang menyokong pembinaan negara Zionis Israel.



1- Hendaklah kalian fahami bahawa produk-produk itu adalah halal, tidak haram. Jangan sesekali mengeluarkan perkataan produk itu haram, dan sebagainya.



2- Jauhilah mengeluarkan perkataan-perkataan seperti 'Pekerja McD bekerja dengan pembunuh, tak ada perkemanusiaan dan sebagainya..' Sesungguhnya perkataan sedemikian adalah perkataan hawa nafsu. Mereka bekerja mencari rezeki yang halal, dan bukan hak kita berkata sedemikian kepada mereka.



3- Jauhi sifat-sifat buruk seperti pergi bawa makanan lain dan makan dalam McD, atau saja-saja masuk McD untuk guna tandas mereka atas alasan untuk naikkan kos operasi mereka, atau berkumpul di hadapan kedai mereka. Sesungguhnya mereka membayar sewa untuk premis perniagaan itu, dan tindakan mengganggu kehadiran pelanggan mereka adalah tindakan yang melanggar akhlak Islami dan melanggar hak orang yang sudah membayar sewa untuk premis tersebut.



4- Fahamilah, boikot ini satu ijtihad politik. Ia bukan satu perkara yang qathie/pasti wajibnya. Ia akan sentiasa ada pro dan cons kerana ia satu ijtihad dalam bab keduniaan.



5- Ingatlah, saudara-saudara kita bukan hanya di Gaza, bahkan yang sedang mencari rezeki bekerja itu.



6- Memboikot adalah hak seorang pengguna. Kita sebagai pengguna berhak boikot, dan ajak orang boikot. Tetapi kita tiada hak mengganggu perniagaan orang yang sah dengan berdiri di depan kedai mereka, di pintu kedai mereka, apatah lagi masuk ke dalam premis mereka, atau mensabotaj supaya kos operasi mereka meningkat.



7- Saya memilih boikot, kerana itu hak saya sebagai seorang pengguna.


Dah tu yang kau sibuk nak boikot sangat Mcd ni, kenapa tak boikot sekali Facebook, Dell, Disney, Bank Dunia dan bla bla bla..


Bagi yang sedang memboikot, boikotlah dengan ilmu..elakkan perbuatan yang kurang beradab seperti menggelar pekerja McD dengan gelaran ‘orang tiada kemanusiaan, tak sayang saudara di Gaza’. Menggelar pembeli McD dengan sindiran sedang sumbang peluru bunuh saudara sendiri. Dan lebih melampau, melakukan provokasi dengan membawa makanan luar ke dalam McD, dan ada pula yang mencadangkan mensabotaj McD dengan ramai-ramai guna tandasnya agar kos operasinya meningkat. Lebih lagi ada yang berkumpul di hadapan pintu McD melakukan flashmob.


Bagi yang tidak mahu memboikot,  berhujahlah juga dengan ilmu, bukan mengikut hawa nafsu hanya untuk puaskan tekak kita yang mahu makan makanan tersebut. Usahlah memperlekehkan usaha mereka yang sedang melawan regim zionis mengikut cara mereka sendiri.


Sebagaimana fatwa Shaikh Salih al-Munajid, niat baik kita itu akan memberikan pahala, tetapi apabila ia dilakukan dengan jalan yang salah, ibadah pun boleh menjadi maksiat, jihad boleh menjadi jahat.



Nota kaki : McD diboikot BUKANLAH KERANA IA PRODUK ISRAEL, TAPI KERANA IA ADALAH SYARIKAT FRANCAIS YANG MENYUMBANG DANA PADA REGIM ZIONIS..

No comments:

Post a Comment