Sunday 14 May 2017

DOSA


Apabila ada orang sudah insaf dan kembali ke jalan Islam yang sebenar, biasanya dia akan bersemangat untuk buat kebaikan..Ia fitrah manusia..

Kalaulah apa yang dia buat itu salah atau tersasar, janganlah dikecam terus niat baik dia itu..

Lihatlah dulu niat baiknya itu yang mahu melakukan islah dan dakwah, jangan fokus pada caranya yang salah itu..Sebaiknya berikan sokongan dan puji niat baiknya itu..

Adapun caranya yang kurang tepat, atau kefahamannya yang sedikit tersasar..maka nasihatilah dia dengan baik..Dan cara terbaik untuk menasihati insan adalah dengan bersendirian, tanpa memalukannya di khalayak ramai..

Puji dan galakkan perbuatan yang baik..Tegur yang salah dengan cara yang baik..

Betulkan kesilapan orang..
Bukan cari salah orang..

Kalau kita tak mampu nak bawa seseorang ke jalan kebaikan, jangan pula kita menolak dia kembali ke lembah kejahilan..

Ironinya, mungkin dosa kerana mengumpat, mengutuk, dan melaknat orang yang berdosa itu lebih banyak dan berat berbanding dari dosa pendosa itu sendiri..

Muhasabah~

No comments:

Post a Comment