Sunday 14 May 2017

THE FOOLNESS OF PEOPLE NOWADAYS


How foolish would we be if the reason for our disobedience was because of twitter..The reason we enter hellfire because of facebook..
The reason why rasulullah hate us because of instagram..

Please..whatever we do..make sure it will help us to strive for His jannah..

Actually, being a religious does not mean you can't have fun in life..it just means you know your limits and responsibilities towards your 'deen' and your God..

We are the ummah of Muhammad SAW..The greatest ummah from the great messenger..Then what are we doing? The man who stayed up all night until his feet were swollen praying just for us..And now we are letting him down!

So, in this world who everybody is super exposed now, the coolest thing you can do is maintaining your mystery..

KEEP CALM, AND LET'S SPREAD THE DAKWAH!

DOA LEPAS SOLAT




 :ثلاث الدعاء لا تنسونها في سجودكم

، اللهم إني اسألك حسن الخاتمة

  ،اللهم ارزقني توبةً نصوحة قبل الموت

 اللهم يا مقلب القلوب ثبت قلبي على دينك


3 doa yang wajar kamu ingat untuk dibaca semasa sujud2 kamu:

1. Ya Allah, aku mohon dengan Mu pengakhiran yang baik.

2. Ya Allah, kurnialah kepada ku taubat nasuha sebelum aku mati.

3. Wahai Allah yang membolakbalikkan hati, tetapkanlah hatiku atas agamaMu.

DOSA


Apabila ada orang sudah insaf dan kembali ke jalan Islam yang sebenar, biasanya dia akan bersemangat untuk buat kebaikan..Ia fitrah manusia..

Kalaulah apa yang dia buat itu salah atau tersasar, janganlah dikecam terus niat baik dia itu..

Lihatlah dulu niat baiknya itu yang mahu melakukan islah dan dakwah, jangan fokus pada caranya yang salah itu..Sebaiknya berikan sokongan dan puji niat baiknya itu..

Adapun caranya yang kurang tepat, atau kefahamannya yang sedikit tersasar..maka nasihatilah dia dengan baik..Dan cara terbaik untuk menasihati insan adalah dengan bersendirian, tanpa memalukannya di khalayak ramai..

Puji dan galakkan perbuatan yang baik..Tegur yang salah dengan cara yang baik..

Betulkan kesilapan orang..
Bukan cari salah orang..

Kalau kita tak mampu nak bawa seseorang ke jalan kebaikan, jangan pula kita menolak dia kembali ke lembah kejahilan..

Ironinya, mungkin dosa kerana mengumpat, mengutuk, dan melaknat orang yang berdosa itu lebih banyak dan berat berbanding dari dosa pendosa itu sendiri..

Muhasabah~

BOIKOT MCD WAJIB KE?



[Nasihat Buat Pemboikot McD dan sebagainya]


Ini merupakan nasihat daripada seorang saudara kalian yang turut memboikot semampu beliau produk-produk yang menyokong pembinaan negara Zionis Israel.



1- Hendaklah kalian fahami bahawa produk-produk itu adalah halal, tidak haram. Jangan sesekali mengeluarkan perkataan produk itu haram, dan sebagainya.



2- Jauhilah mengeluarkan perkataan-perkataan seperti 'Pekerja McD bekerja dengan pembunuh, tak ada perkemanusiaan dan sebagainya..' Sesungguhnya perkataan sedemikian adalah perkataan hawa nafsu. Mereka bekerja mencari rezeki yang halal, dan bukan hak kita berkata sedemikian kepada mereka.



3- Jauhi sifat-sifat buruk seperti pergi bawa makanan lain dan makan dalam McD, atau saja-saja masuk McD untuk guna tandas mereka atas alasan untuk naikkan kos operasi mereka, atau berkumpul di hadapan kedai mereka. Sesungguhnya mereka membayar sewa untuk premis perniagaan itu, dan tindakan mengganggu kehadiran pelanggan mereka adalah tindakan yang melanggar akhlak Islami dan melanggar hak orang yang sudah membayar sewa untuk premis tersebut.



4- Fahamilah, boikot ini satu ijtihad politik. Ia bukan satu perkara yang qathie/pasti wajibnya. Ia akan sentiasa ada pro dan cons kerana ia satu ijtihad dalam bab keduniaan.



5- Ingatlah, saudara-saudara kita bukan hanya di Gaza, bahkan yang sedang mencari rezeki bekerja itu.



6- Memboikot adalah hak seorang pengguna. Kita sebagai pengguna berhak boikot, dan ajak orang boikot. Tetapi kita tiada hak mengganggu perniagaan orang yang sah dengan berdiri di depan kedai mereka, di pintu kedai mereka, apatah lagi masuk ke dalam premis mereka, atau mensabotaj supaya kos operasi mereka meningkat.



7- Saya memilih boikot, kerana itu hak saya sebagai seorang pengguna.


Dah tu yang kau sibuk nak boikot sangat Mcd ni, kenapa tak boikot sekali Facebook, Dell, Disney, Bank Dunia dan bla bla bla..


Bagi yang sedang memboikot, boikotlah dengan ilmu..elakkan perbuatan yang kurang beradab seperti menggelar pekerja McD dengan gelaran ‘orang tiada kemanusiaan, tak sayang saudara di Gaza’. Menggelar pembeli McD dengan sindiran sedang sumbang peluru bunuh saudara sendiri. Dan lebih melampau, melakukan provokasi dengan membawa makanan luar ke dalam McD, dan ada pula yang mencadangkan mensabotaj McD dengan ramai-ramai guna tandasnya agar kos operasinya meningkat. Lebih lagi ada yang berkumpul di hadapan pintu McD melakukan flashmob.


Bagi yang tidak mahu memboikot,  berhujahlah juga dengan ilmu, bukan mengikut hawa nafsu hanya untuk puaskan tekak kita yang mahu makan makanan tersebut. Usahlah memperlekehkan usaha mereka yang sedang melawan regim zionis mengikut cara mereka sendiri.


Sebagaimana fatwa Shaikh Salih al-Munajid, niat baik kita itu akan memberikan pahala, tetapi apabila ia dilakukan dengan jalan yang salah, ibadah pun boleh menjadi maksiat, jihad boleh menjadi jahat.



Nota kaki : McD diboikot BUKANLAH KERANA IA PRODUK ISRAEL, TAPI KERANA IA ADALAH SYARIKAT FRANCAIS YANG MENYUMBANG DANA PADA REGIM ZIONIS..

AL-QURAN MAKANAN ROHANI


Kata ulama, bacalah al-Quran sebanyak mana kita makan.

Jika kita makan sarapan pagi, tengahari dan malam, maka bacalah juga al-Quran pada waktu pagi, tengahari dan malam.

Makanan yang kita makan adalah untuk jasad yang akan hancur.

Manakala al-Quran yang kita baca adalah untuk roh yang akan terus hidup.

Sebelum menutup mata, usahakan hafal dan amal surah al-Mulk, al-Kahfi, dan al-Baqarah.

Ada hadis nabi saw yang menyebut tentang keutamaan surah-surah ini.

Dengan surah al-Mulk, kita selamat dari azab kubur. Hanya ada 30 ayat. Jika kita hafal sehari satu ayat, sebulan habis satu surah al-Mulk.

Surah al-Kahfi menyelamatkan kita dari fitnah dajal. Dan memberi cahaya dari hujung kaki sehingga ke langit di Padang Mahsyar kelak. Hanya ada 110 ayat. Lebih kurang 4 bulan, selesai hafal.

Surah al-Baqarah penyelamat kita ketika huru hara di Padang Mahsyar. Syaitan juga tidak memasuki rumah yang dibacakan al-Baqarah di dalamnya. Ada 286 ayat. Dalam setahun, boleh selesai hafal.

Jika kita belum boleh baca al-Quran, doa minta dengan Allah jangan matikan kita lagi malam ni.

Cari guru, dan belajarlah al-Quran.

Yang boleh baca al-Quran, bacalah selalu. Banyak manfaatnya lepas kita mati.

Mati hanya sekali. Lepas mati, ada orang minta mati lagi sebab tak sanggup dengan azab kubur dan pelbagai azab lagi di Padang Mahsyar dan di neraka.

Namun tiada mati lagi selepas itu. Yang ada cuma penyesalan kerana tidak bersungguh beramal soleh ketika masih ada peluang melakukannya.

- Ustaz Dusuki Abdul Rani.

ALLAH SAYANG KAU!


Ada kisah tentang pembunuh yang membunuh 99 orang dan dia telah menyesal lalu bertaubat..Dia pergi bertemu seorang abid untuk bertanya hal tersebut, namun si abid itu menyatakan bahawa tiada harapan lagi buatnya..Mendengar jawapan itu, si pembunuh tidak berpuas hati lantas membunuh si abid itu..

Kemudian dia menyesal, lantas meneruskan pengembaraan mencari jalan taubat hingga bertemu dengan seorang alim..

Si alim itu menyatakan bahawa dia masih punya harapan dan menyuruh dia pergi ke sebuah kampung kebaikan dan bertaubat di sana..Lantas pembunuh itu segera ke sana, namun, dia mati di pertengahan jalan..

Lalu malaikat rahmat & malaikat azab datang berebut untuk mengambilnya kerana tidak pasti apakah dia layak ke syurga atau neraka..

Maka Allah menyuruh kedua-dua malaikat itu mengukur jarak lelaki tersebut mati, apakah lebih dekat dengan kampung kebaikan yang membolehkannya mendapat syurga, atau lebih hampir dengan kampung lamanya yang menyebabkannya ke neraka..

Bila diukur, ternyata dia dekat dengan kampung kebaikan, lantas malaikat rahmat mengambilnya..

Walau ulama' berbeza pendapat mengenai tahap kesahihan kisah ini, tapi ada beberapa ibrah yang boleh kita kutip..

Pertama, dalam usaha kita untuk berubah, kita perlu tinggalkan dan jauhkan diri sebentar dari tempat2 yang tidak memberikan suasana yang kondusif ke atas jalan perubahan kita..Jarakkan diri sebentar daripada kawan-kawan atau keluarga yang tidak menyumbang aura positif pada kita..JARAKKAN, BUKAN PUTUSKAN HUBUNGAN terus..

Kedua, usah berputus asa bagi pendosa untuk bertaubat walau sudah banyak kali melakukan dosa..Sebagaimana kita tidak jemu melakukan dosa, janganlah juga jemu untuk bertaubat..

Bagi pendakwah, banyakkan memberi harapan dan motivasi kepada pendosa dengan menceritakan bahawa Allah Maha Mengampuni serta buka ruang tentang bagaimana cara terbaik untuk berubah..

Tugas kita bukanlah menghamburkan kata-kata kesat kepada pelaku maksiat atau berlagak seperti Tuhan untuk menghukum seseorang itu mendapat syurga atau neraka..

Selagi nyawa belum ditarik hingga ke kerongkong, dan selagi matahari belum terbit di sebelah barat, pintu taubat masih dibuka seluas-luasnya untuk kita..😊

PADA KAU, ALLAH KAT MANA?

Pernah alami situasi mcm ni ;

"sedih la hari ni, nak whatsapp A la"

"sakitnye hati, nak call B"

"serabutnye kepala, nak mengadu dgn C la, dia faham aku"

tapi..tapi..pernah tak..

A : awak, saya sibuk, tengah meeting..nanti saya reply ya..

B : saya tengah exam, nanti habis jer musim exam, saya call awak balik..

C:  online - double blue tick - last seen..

kita tunggu punya tunggu punya tunggu..tapi tak seorang pun yang reply sampai skrg..

kita sedih kan..kecewa kan..marah kan..sebab apa?

Sebab kita dah terbiasa meletakkan Allah di tempat yang kedua atau mungkin ketiga atau mungkin takda tempat langsung dalam hati kita..bila gembira kita lupa Allah, bila sedih kita cari kawan..

Sebenarnya, jika kita letakkan Allah di tempat pertama dalam hati kita, walau sebesar mana pun masalah kita, insyaAllah..kita akan rasa tenang..Bukan bermakna bila kita ada masalah kita hanya berdoa tunggu bantuan dari langit semata tanpa ada usaha..Bukan macam tu..

Pointnya kat sini, sentiasalah hadirkan rasa hidup bertuhan tu setiap masa..Hadirkan rasa yang kita ni ada Tuhan yang Maha Hebat dari segala benda..

it is because, the best way to avoid dissappoinment is, don't expect anything from anyone..

yang paling penting, kita tak boleh paksa orang lain ikut kemahuan kita..sentiasalah bersangka baik dengan orang..mungkin mereka tak reply sebab mereka pun tengah ada hal lain..jadi, jangan layan orang lain, macam dalam dunia ni kita sorang je yg ada masalah..ok?

Chill la beb..Dunya is not a RESTING place, it's a TESTING place..semuanya akan berakhir, bila kau masuk syurga nanti..😁 

Saturday 13 May 2017

TAUJIHAT CETAK ROMPAK

Pernah tak dalam anda mentarbiah orang, kadang-kadang anda suruh mutarobbi anda tinggalkan jahiliyah, tapi anda juga yang buat jahiliyah tu.

Memang seronok menjadi murobbi.

Kita yang bagi arahan, kita yang cek mutabaah amal, kita yang minta mereka tinggalkan jahiliyah, couple islamik dan non-islamik (eh, ada ke?), games, movies, cinemas dan sebagainya.

Kita yang periksa mereka, bukan mereka periksa kita.

Tiba-tiba,

apa yang kita suruh mereka buat, kita tak buat. Apa yang kita larang mereka buat, kita buat dengan selamba. Tak ada orang nak periksa.

Akhi wal Ukhti,

Nabi pernah bersabda;
Pada hari kiamat nanti, seseorang didatangkan dan dihempaskan ke dalam api neraka sehingga usus mereka terburai keluar. Dia kemudian berpusing-pusing seperti pusingnya seekor keldai di tempat gembalaannya, kemudian para penduduk neraka berkumpul mengelilinginya dan berkata kepadanya,

"Wahai fulan, apa yang telah engkau lakukan?. Bukankah dulu engkau menyeru kebaikan dan mencegah kemungkaran?. "

Orang itu pun berkata,
"Benar. Akulah dulu yang menyeru kalian kepada kebaikan dan melarang kalian berbuat mungkar tapi, akulah PELAKUnya. " 
(HR Bukhari Muslim)

Ingat,

Taujihat yang kita beri pada mutarobbi kita, bukan untuk mereka saja, tapi untuk kita juga!"

BOYCOTT ALLAH

Life gets difficult and becomes tough, then you boycott Allah?


You turn away from Him, stop praying, start drinking, smoking,you blame Him for every single aspect in your life..


But, when a lecturer always gives you a difficult test, assignment, why you still continue struggling with the course?


You push yourselves, you focus all your attention..why you never quit? Why you dont blame your lecturer for this difficult test?


Because you believe you'll be success in future if you keep struggling..it gets better right?


Then why you turn away from Him when your life becomes tough?


He is The One who are testing you..
He is The One who are blessing you..
He is The Only One who will help you..


So when life gets difficult,
Boycott all else, but don't boycott Allah..


Always turn to Him..

TAAT RABB VS TAAT muRABBi

Kita bila nak membina jiwa anak halaqah, jangan terus bawa dia pada jemaah..

Tapi, bawa dia kepada Allah dulu..

Sebab apa?
Sebab bila awak bawa dia kenal jemaah dulu sebelum kenal Allah,
andai selepas itu dia dicampakkan ke mana-mana pun, jiwa dakwah yang ada pada sanubarinya akan terus subur..

Tapi bila awak bawa dia pada jemaah dulu, takut-takut andai dia tercampak ke lembah yang tiada ikhwah dan akhawat yang sekufu dengannya, benih dakwah yang kian bercambah pada jiwanya akan mati ditelan futur..

Itu beza bilamana kita bergantung pada Allah dan pada jemaah..

Bawa mereka pada jemaah itu perlu, tapi bukan itu yang utama..

7 kali pergi usrah sudah pandai tepis fatwa?

Kadang-kadang, nak mentarbiah geng usrah atau geng asatizah (ustaz/ustazah) ni lebih mencabar berbanding nak mentarbiah orang biasa..

Sebab apa?

Sebab geng-geng sebegini kita fahamlah mereka bagaimana..

Bila kita cerita tentang islam, mereka kurang ''appreciate'' sebab apa yang kita cerita itu kadang-kala sudah lali dan menjadi kematu di telinga mereka..

Kebanyakan golongan ini biasalah lahir dari sekolah agama atau universiti islam atau timur tengah yang mana suasana ketika mereka menuntut ilmu itu sudah sedia baik dan menjadi biah solehah, lalu mereka merasakan "it's ok" untuk mereka hidup berpaksikan apa yang sudah tertanam dalam diri mereka sejak dulu, tanpa perlu ditarbiah lagi oleh insan sekeliling terutama insan yang kurang "sekufu" dengan mereka..

Cepat berasa ego..Sombong..Merasa tinggi, merasa cukup dengan ilmu yg ada..

Wahai daie yg mngaku mereka pejuang agama, ambillah sedikit masa untuk muhasabah semula hati kita..Jangan runtuhkan tembok² iman yang susah payah dibina, hanya dari bisikan halus makhluk durjana.

Zaman skrg ni, cukup ramai orang yang suka berdakwah, tapi tak ramai orang yang suka ditarbiah..Ada beza dakwah orang yang beramal dan faham dengan ilmu, berbanding mereka yang hanya tahu dan hafal ilmu.. Kefahaman ilmu hanya diukur pada pointer dan peperiksaan..Selesai peperiksaan, maka hilanglah segala ilmu yg meresap..

Oleh itu, bersyukurlah kita dikurniakan nikmat untk belajar agama lebih banyak berbnding insan² di luar yang kurang berpeluang..Jadi refleksikan peluang tersebut dengan menjadi qudwah (contoh ikutan) yang baik pada masyarakat sekeliling secara total dan menyeluruh..Bukan memilih 'bulu'..

Jangan sesekali memandang jelek pendosa lain, hanya kerana dosa mereka berbeza dengan kita..

Ulama' terdahulu bertahun mangaji kitab, ilmu penuh di dada, tapi masih bersikap merendah diri.. Tapi kita, bak kata Altimate,
7 kali pergi usrah sudah pandai tepis fatwa? Amboi..Amboi..

THE REGRETTING OF TRUE LOVES

Everytimes when you feel like 
your siblings are annoying you 
or
 your parents always scolding you..
Just remind yourself that 
some of our friends
or 
even our own parents 
have lost their parents..
If you ask them, 
they would tell you,
they would do anything..
just to meet them..
just to say..
how much they appreciate them..
and how much they love them..
Fortunately, 
we always have the very opportunity to do so..
yet we don't..
The foolish things in ourselves are, 
we only appreciate people once they have gone..
Don't be from those who regret..
Take this as a reminder to tell your family..
especially your dearest parents..
and your siblings.. 
about how much you appreciate 
and love them for the sake of Allah..

JEMAAH KAU, JEMAAH AKU JUGAK, SYURGA KAU, SYURGA AKU JUGAK!

Betapa berharganya peranan jemaah dalam membina kekuatan umat Islam, baik secara individu mahupun secara kolektif.

Tapi malangnya dalam menjayakan sistem berjemaah ini, terdapat beberapa isu penting yang menyebabkan berlakunya ketidakserasian antara sistem jemaah dengan adab-adab penting melalui Quran dan Sunnah. Inilah yang ingin saya bincangkan dalam penulisan ini.

Kita perhatikan isu-isu berikut.

Berjemaah hanyalah salah satu daripada berbagai-bagai methologi tarbiyyah

Perlulah difahami bahawa untuk berada dalam jemaah, kumpulan atau sesuatu organisasi Islami, bukanlah menjadi satu kemestian untuk setiap muslim menyertainya.

Berjemaah hanyalah salah satu daripada berbagai-bagai cara untuk seseorang muslim membina ketaqwaannya dan menambah ilmu keislamannya.

Selain berjemaah, terdapat juga konsep-konsep pentarbiyyahan lain seperti kelas-kelas dan kuliah-kuliah agama, membaca buku-buku agama, berdiskusi dengan para ustaz dan lain-lain.

Saya, dengan penuh rendah diri dan masih banyak kekurangan, pernah berjumpa beberapa orang yang tidak berada dalam mana-mana jemaah, tapi masyaAllah, mereka kaya dengan ilmu agama yang sahih dan kesungguhan mereka untuk mengamalkan ajaran Islam adalah luar biasa. Anda dapat melihat akhlak mereka cukup mulia dan wajah mereka berseri-seri dan ceria. Mereka sekadar rajin menghadiri kuliah-kuliah, berdiskusi dan rajin berjumpa dengan para ustaz, tapi alhamdulillah mereka memautkan ilmu itu ke hati mereka dan masih berjaya merealisasikan apa yang mereka pelajari kepada amalan zahir, walaupun mereka tidak melibatkan diri dalam mana-mana jemaah.

Tapi ini tidaklah bermaksud berjemaah itu tidak bagus. Didikan dalam berjemaah memang sangat bagus dan digalakkan, cuma janganlah kita sampai menyempitkan fikiran bahawa hanya mereka yang berjemaah akan selamat, sedangkan yang tidak berjemaah akan terjejas. Ini adalah satu sangkaan yang tidak wajar, malah merupakan satu prejudis sebenarnya.

Paksaan atau sukarela?

Dalam menjalankan aktiviti secara berjemaah, perlulah dipastikan bahawa aktiviti itu berlaku dalam keadaan sukarela para pesertanya. Tidak ada paksaan dalam agama, ini adalah satu konsep Qurani yang jelas.

Jika seseorang peserta itu tidak pernah berjanji akan melakukan sesuatu, maka dia tidak boleh diberi tekanan untuk melakukan sesuatu. Jika jemaah itu akan mengadakan program itu dan ini, berkelah, perkhemahan dan sebagainya, maka tidaklah layak untuk para ahli dipaksa menyertainya. Jika dia tidak menyertainya, tidak boleh bersangka bukan-bukan terhadapnya.

Ini berbeza jika seseorang peserta itu telah berjanji untuk melakukan tugas atau telah berjanji untuk menyertai sesuatu program, maka di sini perlulah peserta itu diperingatkan selalu akan janjinya supaya tugasnya dilaksanakan dan memastikan program tersebut berjalan lancar. Sebab menepati janji itu adalah wajib, kalau tidak, risau-risau bakal dicopkan sebagai orang munafiq.

Dalam erti kata lain, kalau seseorang ahli jemaah tidak pernah bersetuju pun yang dia ingin bekerja dalam sesuatu aktiviti jemaah, maka janganlah dia dipaksakan untuk melakukannya. Jika dia hendak lakukannya, maka baguslah. Jika dia tidak mahu, itu adalah haknya dan tidak boleh bersangka buruk kepadanya. Sesungguhnya antara ciri akhlak mulia seseorang muslim itu ialah saling bertoleransi dan bersangka baik.

Amal ibadah berjemaah haruslah serasi dengan Sunnah

Terdapat juga dalam beberapa keadaan di mana aktiviti berjemaah dilakukan untuk ibadat khusus tertentu. Maksud ibadah khusus di sini ialah ibadah yang berbentuk spiritualistik, seperti solat, zikir zahir, membaca Quran, berpuasa dan sebagainya.

Dalam hal ini kita harus sangat berhati-hati.

Sebagai seorang muslim, sebaik-baik tauladan dalam melaksanakan ibadah khusus adalah sebagaimana yang ditunjukkan Rasulullah s.a.w. Inilah prinsip yang paling tepat untuk kita berasa yakin amal ibadah kita akan diterima Allah, jika dibandingkan dengan amal-amal ibadat khusus yang disusun oleh orang-orang tertentu tanpa bukti daripada dalil-dalil sahih.

Sebab itu, menjadi kewajiban setiap muslim untuk mengetahui bagaimana Rasulullah memerintahkan kita melaksanakan sesuatu ibadah. Tirulah cara beribadah sepertimana dilakukan Rasulullah s.a.w.

Antara amal ibadah yang diperintahkan Rasulullah s.a.w ialah berjemaah ketika solat fardhu di masjid. Ini jelas dalam hadith-hadith sahih yang menunjukkan bahawa Rasulullah hampir-hampir ingin menyuruh dibakar saja rumah-rumah mereka yang dengan sengajanya tidak mengerjakan solat berjemaah. Malah seorang sahabat yang buta sekalipun telah diperintahkan oleh Rasulullah s.a.w supaya datang berjemaah di masjid. Hakikatnya hari ini orang ramai tidak mengambil endah tuntutan yang besar ini dan masjid-masjid kita masih lagi kosong setiap kali tiba solat Fardhu.

Namun Rasulullah s.a.w tidak pula menggalakkan agar zikir-zikir dilakukan secara berjemaah. Di kalangan sahabat ada yang baru masuk Islam dan ada yang telah veteran, tapi tidak ada riwayat sahih yang menunjukkan mereka melakukan hal-hal tersebut.

Pendek kata, di sini perlulah ahli jemaah jelas yang mana satu sunnah, dan yang mana satu bukan.

Jadi sebaiknya ketika berada dalam jemaah, kalau ingin melakukan ibadah-ibadah khusus, lebih baik jika diserahkan kepada diri masing-masing untuk melakukannya. Tidak perlulah untuk mentaklifkan ibadah-ibadah tertentu kepada ahli-ahli tertentu, seperti disuruh untuk berzikir atau beristighfar dengan beberapa bilangan tertentu sebab ini bukanlah satu daripada sunnah Rasulullah s.a.w yang kita cinta.

Elakkan pentaklifan, tapi berikanlah nasihat dan galakan. Contohnya, lebih baik jika dikatakan, “kami menggalakkan diri kita semua agar rajin berzikir dan beristighfar agar kita semua beroleh redha dan maghfirah Allah” daripada kita katakan “anda semua diminta berzikir dan beristighfar 100 kali sehari, ini adalah amanah anda sebagai peserta program ini”. Saya khuatir kata-kata yang kedua tadi bakal menjadi satu bentuk taklifan ibadah yang tidak mudah untuk diniatkan kepada Allah, sebab para ahli jemaah akan lebih cenderung hati mereka untuk melakukan ibadah tersebut kerana ingin mematuhi mematuhi program. Ini akan menyusahkan niat mereka untuk ikhlas betul-betul kerana Allah.

Kita yang mengaku mencintai sunnah Rasulullah s.a.w ini, sewajarnya mengikuti bagaimana Rasulullah s.a.w bersama para sahabat dalam konteks mereka hidup berjemaah. Harus kita selidik dalam isu apakah mereka berjemaah, dan dalam isu apa mereka bersendirian. Dengan ini, insyaAllah, jemaah yang kita ikuti bersama-sama adalah jemaah yang unggul dan terkedepan dalam meneladani gaya hidup Rasulullah s.a.w.

Ahli jemaah tidak wajar hanya komited untuk jemaahnya sahaja

Alangkah bahayanya jika berfikiran untuk memberi komitmen kepada jemaah semata-mata.

Sebab sebagai seorang muslim, komitmen kita adalah untuk Islam, bukan untuk jemaah atau organisasi. Jika ada kerja Islami daripada organisasi tertentu yang bukan daripada jemaah kita, tapi mereka memerlukan kita, maka kita perlu pergi. Jika ada dua urusan bercanggah, antara kerja dalam jemaah dan kerja luar jemaah, harus kita pilih yang mana satu lebih penting walaupun perlu memilih kerja luar jemaaah. Saya harap anda faham maksud saya.

Jika bekerja dalam jemaah pun, niat haruslah untuk kesejahteraan umat Islam, bukan untuk kebaikan jemaah sahaja. Semua ini penting supaya semangat dan kesatuan bercirikan ummatik terus utuh dan itulah sebenarnya konsep persaudaraan yang dituntut dalam Quran dan Sunnah.

Malah, kadang-kadang wujud juga elemen berbahaya dalam pemikiran sesetengah ahli jemaah yang hanya menganggap saudara Islamnya hanyalah mereka yang dalam jemaahnya. Saya pernah diucapkan oleh seorang muslim dengan kata-kata “I don’t approve you as my brother” dalam satu program yang saya ikuti, hanya kerana saya pulang awal daripada program. Kasihan saya melihatkan kawan saya tersebut, yang nampaknya telah menganggap hanya mereka yang menyertai aktiviti jemaah itu sahaja dikira sebagai saudaranya.

Begitu juga, sebagai contoh, jangan sampai jika hendak pinjamkan kereta, utamakan dulu saudara jemaahnya sahaja. Padahal yang benar adalah mengutamakan kaum muslimin yang ada urusan lebih penting tanpa mengira mereka bersama jemaah kita atau tidak.

Dengan meniatkan bekerja untuk jemaah, bukan untuk umat Islam, kita khuatir kita akan menafikan konsep Qurani yang telah disebutkan dalam surah Ali Imran dan Al-Hujurat, iaitu konsep “umat yang terunggul” dan konsep “setiap mukmin itu bersaudara”. Jadi, walaupun bekerja dalam jemaah, fikiran ahli jemaah haruslah bercorak ummatik. Setiap aktiviti jemaah haruslah bermatlamatkan dan diorientasikan untuk kejayaan umat pada akhirnya, bukan untuk jemaah semata-mata.

Tentang mutaba’ah amal

Sistem mutaba’ah amal adalah satu teknik penilaian amal yang biasa dilakukan dalam usrah. Contohnya diminta para ahli usrah supaya melakukan solat sunat dengan sekurang-kurangnya bilangan tertentu, puasa, qiam dan sebagainya dalam seminggu, dan rekod mereka akan diperiksa oleh naqib yang bertugas semasa sesi usrah .

Benar, pada asasnya ini adalah bagus untuk melatih diri ahli usrah untuk beramal. Tapi jangan kita lupa dalam Islam amal itu hanya sempurna jika ikhlas niatnya kerana Allah dan perlakuannya menurut contoh Rasulullah s.a.w.

Dalam melaksanakan mutaba’ah amal ini, kita khuatir amal tersebut tidak menjadi amal yang ikhlas kepada Allah, sebab ada risiko para ahli akan berfikir bahawa mereka melakukan ini agar dapat memenuhi amanah dan janji mereka dalam jemaah. Paling takut ia bakal membawa kepada syirik, jika ini dilakukan oleh mereka yang masih baru dalam tarbiyyah (sebab berniat melakukan ibadah untuk memenuhi tuntutan jemaah, kerana mereka tidak mahu berasa malu semasa sesi penilaian mutabaah nanti).

Malah, dengan meletakkan taklifan sebegini, kita telah meletakkan elemen pemaksaan kepada muslim yang lain sedangkan dalam agama itu tidak boleh ada paksaan untuk beramal.

Inilah beberapa saranan untuk memperbaiki mutabaah amal ini:

Jika mutabaah amal itu tentang urusan kerja ibadah am (seperti membaca, senaman) dan bukannya ibadah khusus, maka ini adalah lebih selamat.
Sistem mutabaah amal ibadah khusus ini lebih wajar untuk kanak-kanak yang belum baligh sebagai satu bentuk pendidikan. Kanak-kanak, tidak seperti orang dewasa, sukar untuk menghayati erti keikhlasan dalam beramal, maka didikan secara begini bersama ganjarannya adalah satu cara untuk melatih membiasakan mereka dengan amal ibadah. Malah, inilah antara cara psikologi didikan anak.
Gunakan usrah sebagai sesi tazkirah dan penginsafan. Kemudian serahkan kepada para ahli untuk bertindak menurut kesungguhan mereka.
Lebih baik jika tidak dinilai ibadah khusus para ahli dan biarkan ia secara rahsia antara mereka dan Allah. Ini supaya dapat melatih hati mereka agar dapat ikhlas beribadah kepada Allah.
Hanya jika para ahli usrah sendiri ingin membincangkan masalahnya tentang beramal, barulah perbincangan boleh dibuka.
Tugas Naqib hanyalah sebagai moderator dan pembimbing sahaja. Tidak wajar untuknya mengambil tahu kisah peribadi ahli usrahnya melainkan ahli usrahnya sendiri yang ingin berbincang masalah.
Antara fikrah dan kebenaran sejati

Para ahli jemaah patut tahu membezakan ketika beraktiviti dalam jemaah, yang mana satukah merupakan hasil fikiran manusia dan yang mana satukah merupakan hal-hal yang betul-betul disuruh melalui hadith-hadith sahih.

Setiap jemaah ada metologinya masing-masing. Ada yang berkecimpung dengan sistem usrah, ada yang dengan keluar berdakwah berhari-hari, ada yang mengadakan aktiviti-aktiviti kuliah mingguan dan sebagainya. Metodologi ini berbeza-beza dan kebanyakkannya merupakan kaedah ciptaan manusia. Ini semuanya baik dan bermanfaat maka ia digalakkan.

Cuma perlulah disedari, walaupun metodologi yang baik ini digalakkan, tapi apabila ia lahir sebagai buah fikiran manusia, maka tidaklah layak untuk kita meletakkan hukum-hakam tertentu ke atasnya. Sebagai contoh, katakan ada seorang ahli fahaman ekstrim dalam sesuatu jemaah usrah, lalu dia mengatakan bahawa menyertai usrah itu wajib. Inilah satu kesilapan yang merbahaya, sebab idea usrah itu adalah sesuatu yang baru hasil fikiran Hasan Al-Banna, reformis kita yang unggul, tapi bukanlah sesuatu yang disyariatkan. Kesilapan ini berlaku kerana ahli jemaah yang ekstrim ini tidak tahu membezakan yang mana satu fikrah, dan yang mana satu kebenaran sejati yang ada perintahnya berdasarkan dalil-dalil yang sahih.

Aktiviti dalam jemaah: harus dikongsikan atau dirahsiakan?

Ini mungkin satu isu sensitif, tapi mungkin ada baiknya kita berbincang mengenainya untuk meluaskan perspektif kita.

Ada sesetengah jemaah berpendapat haruslah dirahsiakan aktiviti jemaah mereka.

Hal ini haruslah dinilai menurut waqi’ atau keadaan semasa. Secara umumnya jujur saya katakan -menurut apa yang telah saya bincangkan dengan beberapa orang rakan yang luas fikrahnya- bahawa tidaklah wajar untuk aktiviti-aktiviti jemaah Islami dirahsiakan daripada pengetahuan orang ramai.

Antara sebab setengah muslim tidak mahu menyertai jemaah ialah kerana jemaah yang mereka selalu dengar suka merahsiakan aktiviti mereka. Dengan merahsiakan aktiviti dalam jemaah, orang ramai -terutamanya orang-orang awam- akan berasa syak wasangka, perasaan takut dan risau lantas merasakan aktiviti berjemaah itu sebagai sesuatu yang salah.

Ada sesetengah muslim yang menyertai jemaah berdalil untuk sembunyikan aktiviti dakwah dengan merujuk kepada sirah Rasululah s.a.w, iaitu baginda berdakwah dengan sembunyi-sembunyi sebelum terang-terangan, maka kita harus contohi baginda s.a.w.

Kisah itu benar. Tapi, memetik kata-kata Dr. Zakir Naik, dalil-dalil haruslah difahami mengikut konteksnya. Ketika zaman awal dakwah Rasul s.a.w, terdapat ancaman luar biasa daripada kaum Quraisy terhadap agama Islam, disamping umat Islam masih kecil jumlahnya. Dalam keadaan ini jika dilakukan dakwah terang-terangan maka dikhuatiri dakwah Islam itu akan mati terus. Malah, agama Islam adalah satu agama baru yang betul-betul bertentangan dengan agama berhala kaum Quraisy. Maka wajarlah untuk disembunyikan dakwah Islamiah sehingga keadaan sudah stabil, di samping umat Islam pula sudah cukup kuat mental dan fizikalnya untuk mempertahankan agama suci ini.

Tapi keadaan di negara kita berbeza. Agama rasmi negara kita ialah Islam. Tiada siapa yang hendak melarang kita berdiskusi tentang agama di negara kita, walau di kedai-kedai kopi. Tiada siapa melarang kita memakai jubah dan serban di tengah-tengah bandar. Kita tidak diancam kerana kita seorang Islam. Pemerintah kita sendiri berpuasa dan menyambut hari raya sebab mereka pun beragama Islam. Jadi mengapa mahu berahsia tentang aktiviti Islami?

Sikap berahsia itulah yang akhirnya membawa risiko apabila pihak berkuasa menganggap itu sebagai usaha-usaha berhaluan kiri untuk memberontak kerajaan, walaupun jemaah itu tidak pernah berlaku sedemikian. Malah golongan non-muslim pun ada yang berasa tidak senang dengan kerahsiaan dalam kumpulan-kumpulan muslim, menyebabkan wujudnya fitnah-fitnah kononnya ada kumpulan pengganas di negara kita di sebalik gerakan jemaah, sedangkan tidak pernah langsung ahli jemaah tersebut terlibat dalam fahaman sedemikian.

Sebab itulah sikap kita yang sebenarnya dalam berjemaah ini ialah kita berasa ‘izzah dengan aktiviti jemaah yang kita ceburi, dengan menceritakan kepada kawan-kawan yang lain. Ceritakan apa yang kita pelajari dan apakah peningkatan diri kita melalui berjemaah. Biar kawan-kawan lain yang tidak sertai jemaah berasa jelas bahawa aktiviti Islamik secara berjemaah ini adalah satu benda yang positif dan menyeronokkan.

Dengan cara inilah, dengan izin Allah, berjemaah bakal dilihat sebagai sesuatu yang baik dan dapat menarik minat lebih ramai muslim lain. Malah, insyaAllah pihak berkuasa juga tidak akan melarang usaha-usaha mulia sebegini, jika ternyata ia memang benar-benar bersih daripada unsur ekstrisme.

Elakkan sikap memilih dalam menambah ahli jemaah

Ada satu isu penting tentang siapakah yang layak menjadi ahli jemaah?

Jawapan yang tepat menurut Al-Quran dan Sunnah ialah setiap orang yang beriman kepada Allah dan RasulNya layak menjadi ahli. Tidak ada syarat-syarat seperti rajin ke masjid, bagus akhlak dan sebagainya untuk menjadi ahli jemaah. Walaupun golongan sebegini lebih mudah untuk diajak, tapi mereka bukanlah golongan yang paling patut diutamakan.

Ini kerana setiap muslim yang berminat untuk memperbaiki dirinya ke arah Islam, walaupun sejahat mana sekalipun dia sebelumnya, patut menyertai jemaah Islami. Malah, merekalah yang lebih berhak untuk menyertai aktiviti jemaah sebab mereka lebih memerlukan platform jemaah itu untuk menghidupkan kembali ruh keislaman yang semakin luput.

Malah, Imam Hasan Al-Banna sendiri ketika mula-mula ingin merekrut ahli setelah mewujudkan NGO ikhwanul Muslimin di Mesir, beliau mulakan ajakannya di kedai-kedai kopi, bukannya memilih kawan-kawan di masjid.

Para pendidik, kitab rujukan dan sukatan pelajaran tidak semestinya datang daripada golongan jemaah itu semata-mata

Perspektif sesuatu jemaah haruslah luas melata ke seluruh dunia Islam. Tidak wajar untuk sesuatu jemaah itu harus memilih sukatan pengajian Islam hanya daripada sumber-sumber yang berasal daripada jemaah itu sahaja.

Sepatutnya segala khazanah ilmu Islam yang ada, selagimana ia adalah ilmu yang muktabar menurut Al-Quran dan Sunnah, wajar menjadi sumber rujukan dalam sesuatu aktiviti keilmuan berjemaah, baik semasa berseminar atau usrah.

Kesimpulan: Agar berjemaah membawa kepada semangat kesatuan ummah

Mungkin isu-isu yang dibentangkan di atas ini bakal mencetuskan beberapa komen hangat, tapi sebagai satu perbincangan saya kira perlu dinyatakan juga.

Ulasan-ulasan di sini tidak semestinya betul, tapi saya kira apalah salahnya jika kita berfikir di lorong yang alternatif untuk meluaskan gambaran kita tentang konsep menyertai jemaah.

Berjemaah adalah berguna sebagai salah satu platform untuk kaum muslimin saling bantu-membantu untuk meningkatkan ketaqwaan kepada Allah.

Cumanya dalam proses itu janganlah sampai jemaah itu bertindak seperti satu sub-group dalam komuniti kaum muslimin. Fikiran ahli jemaah perlulah bersifat ummatik, seperti askar-askar yang berjuang dalam platun-platun kecil tapi hakikatnya mereka semua terdiri daripada satu angkatan yang besar dan sejiwa. Aktiviti berjemaah hanyalah seperti satu madrasah untuk mendidik jiwa-jiwa muslimm jadi ia memerlukan peringkat-peringkat sepertimana silibus-silibus pelajaran dalam sekolah.

Setiap muslim berhak untuk sertai mana-mana jemaah Islami jika mereka mahu tanpa mengira latar belakang mereka. Pada masa yang sama, aktiviti dalam jemaah haruslah bersifat fleksibel dan bergariskan panduan daripada Al-Quran dan Sunnah. Jemaah haruslah bebas daripada sikap jumud dan paling penting, bebas daripada taasub jemaah.

Akhir kata, matlamat jemaah adalah untuk ummah sebab jemaah yang paling asli berdasarkan Quran dan Sunnah ialah jemaah kaum muslimin. Setiap orang yang beriman adalah bersaudara dan kita semua adalah satu. Inilah jemaah yang paling afdhal.

Wallahu a’lam.

FIDYAH KENA GANDA KE?

Fidyah ialah denda ke atas seseorang Islam yang telah baligh kerana meninggalkan puasa wajib atas sebab-sebab tertentu atau pun sengaja melewatkan puasa ganti (qada’) bulan Ramadhan.

HUKUM FIDYAH

Hukum membayar fidyah adalah wajib. Ia wajib disempurnakan mengikut bilangan hari yang ditinggalkan. Ia juga menjadi satu tanggungan (hutang) kepada Allah SWT sekiranya tidak dilaksanakan.

PROSEDUR MEMBAYAR FIDYAH

Perkiraan dan bayaran fidyah boleh dibuat di Baitulmal Majlis Agama Islam Negeri-negeri atau mana-mana pusat zakat yang berdekatan.

Kadar bayaran fidyah berubah mengikut harga yang ditetapkan oleh pemerintah di sesuatu tempat. Pengiraan kadar fidyah berdasarkan kadar harga beras (makanan asasi penduduk). Beras fidyah tersebut hendaklah diagihkan kepada fakir atau miskin.

SEBAB-SEBAB DIKENAKAN FIDYAH

1.    Uzur menunaikan puasa wajib

Terdiri daripada golongan yang menghidapi sakit kuat dan tidak mempunyai harapan untuk sembuh, atau golongan tua yang tidak mampu berpuasa atau kedua-duanya sekali.

2.    Perempuan hamil

Dengan syarat dibimbangi akan keselamatan ke atas bayi yang dikandungnya seperti dikhuatiri berlaku keguguran. Golongan ini dikenakan membayar fidyah dan juga menggantikan (qada’) puasa yang ditinggalkan.

3.    Ibu yang menyusukan Anak

Dengan syarat ibu yang merasa bimbang akan memudharatkan bayi yang disusuinya seperti kurang air susu atau menjejaskan kesihatan bayinya itu. Maka baginya menggantikan puasa yang ditinggalkan serta membayar fidyah.

4.    Orang yang telah meninggal dunia

Hutang puasa bagi mereka yang telah meninggal dunia hendaklah disempurnakan bayaran fidyahnya oleh waris-warisnya mengikut bilangan hari yang ditinggalkan sebelum pembahagian pusaka dibuat.

5.    Melambatkan Ganti Puasa (Qada’)

Mereka yang melambatkan ganti puasanya hingga telah melangkah tahun yang berikutnya (bulan Ramadhan), dikenakan denda membayar fidyah dan juga wajib menggantikan (qada’) puasa yang ditinggalkan.

NOTA: Jumlah hari puasa yang wajib diqadha dan bayaran fidyah tidak berganda.

Link rujukan:

Link bagi pengiraan fidyah untuk negeri selangor:
http://www.zakatselangor.com.my/calkulator-zakat/kalkulator-fidyah

* Untuk negeri selain Selangor, boleh rujuk pada pusat zakat  atau Majlis Agama Islam mengikut negeri masing-masing