Friday 1 January 2021

2021

2020. Tahun yang paling banyak mengajar saya apa erti kesabaran, kesakitan, kepahitan, kecekalan, dan kematangan. Tahun yang mengajar saya bahawa dunia ini sementara, tidak ada apa yang perlu dikejar. Tidak perlu dihirau segala kebobrokan dan kebejakan manusia. Terlalu banyak cerita dan pengalaman baru yang saya dapat sepanjang tahun ni. Cerita yang berbeza, ujian yang berbeza, tapi matlamatnya sama, SABAR dan MUJAHADAH.


2021, saya yakin ujian dan cabaran yang hadir akan semakin besar seiring dengan bertambahnya usia. Entah cerita apa pula yang bakal melakar memori dan perasaan. Walau apa pun ia, andai itu yang diizinkan berlaku oleh-Nya, maka itulah yang terbaik. Tak semua yang kita suka akan baik untuk kita, dan bukan semua yang kita benci itu tidak baik untuk kita.


Jika kita tidak boleh terima takdir Allah atas dasar cinta, terimalah ia atas dasar sabar dan syukur. Kerana ramainya ahli syurga Allah dalam kalangan hamba-nya sentiasa bersyukur. Semoga Allah berikan kebahagiaan yang sebenar di syurga-Nya, kerana tidak ada bahagia yang sebenar di dunia yang akan hancur ini.


Moga-moga tahun ini, menjadi tahun yang menjadi ladang pahala untuk kita semai sebanyak-banyaknya, sebelum kita dijemput ke negeri abadi selama-lamanya. 😊

Saturday 21 November 2020

GURU


Jadilah guru hebat di mata Allah, nescaya kau tidak pernah kisah bagaimana pandangan orang sekeliling kepadamu.


Jadilah guru yang selalu berbuat sesuatu agar Allah redha kepada dirimu, agar suatu saat kau tahu apa sebenarnya yang ingin kau bawa "pulang" ketika masa memaksamu untuk tidak lagi menjadi guru.


Jadilah guru yang tidak pernah mengharap puji, kasih, dan penghargaan apa dan daripada sesiapa pun. Suatu saat, biarkan murid-muridmu menilai dengan akal  dan mata hati mereka untuk melemparkan puji dan harga. Kerana yang terbaik bagi seorang guru dan pendidik, adalah puji-pujian Allah saat kau bertemu dengan-Nya.


Akhir kata, teruslah menabur bakti, walau dinista dicaci, muhasabah diri cuma pengantara kalami, kerna hakikat kefahaman itu milik mutlak Si Rabbi.

Sunday 1 November 2020

NASI SUDAH MENJADI BUBUR


Nasi sudah menjadi bubur; sudah terlanjur, tak dapat diubah lagi. Itu maksud peribahasa melayu. Benda yang sudah berlaku dan tidak mampu diubah.

Tapi dalam Islam, nasi kalau sudah jadi bubur, kita masih boleh makan. Masih boleh 'alter', kita masukkan ikan bilis yang digoreng garing, bawang goreng, daun sup, telur masin, kangkung, sambal kicap. Masih sedap dan boleh dimakan kan?😊

Dalam Islam, peluang untuk berubah dan perbaiki diri sentiasa terbentang luas walau sejahat mana pun kita. Harapan sentiasa ada. Semalam kurang baik, hari ini kita tambah baik. Semalam jatuh tersungkur, hari ini kita bangkit semula. Semalam bermuram durja, hari ini kita gembira ceria. Lumrahnya manusia, iman umpama roller coaster.

Hidup terlalu singkat untuk meratapi apa yang tiada. Kerana terlalu banyak yang kita ada tanpa diminta. Yang berlalu biarkan berlalu. Jadikan setiap hari yang dilalui selepas ini bermanfaat dan diredhai. Moga² kita termasuk penghuni syurga abadi.😊

Sebelum tidur maafkan semua orang dan diri sendiri. Moga² kita beroleh ketenangan. Selamat malam.💕

Saturday 17 October 2020

UJIAN TANDA ALLAH SAYANG


Kita akan DIUJI dengan apa yang kita SAYANG sehingga terduduk tak berdaya. Lalu kita SEDAR bahawa tiada kebahagiaan melainkan melalui jalan SABAR dan REDHA menerima ketetapan dan keputusan Allah itu.


Selagi TIDAK REDHA nescaya akan LELAH berpindah dari satu usaha ke satu usaha. Dari zikir ke zikir. Dari doa ke doa. Dari air penawar ke air penawar. Dari umrah ke umrah. Dari solat ke solat. Dari sedekah ke sedekah.


REDHA adalah langkah pertama menuju jalan penyelesaian. Anak kunci kepada pintu KEBAHAGIAAN.


Buatlah pengakuan yang tulus di hadapan Allah. Ikhlas daripada hati yang dalam:


"Ya Allah... AKU REDHA bahawa ibu/ayah/keluarga/kesihatan/kewangan/pekerjaan/bos dan lain-lain, sebagai satu UJIAN daripada-Mu untuk aku mendapat redha-MU dan Syurga-MU, aku redha ya ALLAH. Aku redha ya ALLAH. Aku hamba-Mu yang sangat lemah, tidak ada daya dan upaya melainkan dengan pertolongan-Mu. Bantulah aku untuk melalui dan menghadapi UJIAN ini. Tunjukkanlah aku jalan-jalan kebenaran-Mu, bantulah aku untuk menjadi hamba-Mu yang sentiasa bersyukur."


Apabila Allah memberi kita ujian, Allah juga sedang memerhatikan tindak balas kita. Berhentilah memaksa Allah untuk mengikuti kehendak dan impian kita, kerana kita akan terus kecewa.


- Ustazah Asma' Harun -

REDHA




Ada yang bergaji besar, tapi habis untuk menanggung hutang orang tua.


Ada yang dekat dengan keluarga, tapi gaji hanya cukup untuk hidup sendiri.


Laluan kita sama-sama terbina, yang membezakan hanyalah jenis batunya.


Ada yang diharuskan merantau demi ekonomi keluarga yang lebih baik.


Ada yang harus tetap tinggal di rumah untuk berbakti pada orang tua.


Yang menurut mereka baik, belum tentu baik untuk kita. Yang menurut mereka tak baik, belum tentu juga tak baik untuk kita. Bahagia mampu dimiliki semua. Ukuran bahagia manusia tidak jauh dari sabar dan syukur.


Khas untuk semua pejuang kehidupan, terima kasih kerana tidak pernah menyerah. Jangan pernah berhenti walau langkahmu terasa semakin berat. Abaikan segala kata yang menyiksa jiwa, jalan terus!❤

Saturday 22 February 2020

REZEKI


Kerja itu, rezeki dari Allah. 

Bila kita dah habis belajar penat-penat, semestinya kita nak kerja yang terbaik. Mana yang Allah beri dulu kita ambil. Tapi orang sekeliling kita terus mengasak kita. "Guru sekolah rendah je?" "Mengajar tuisyen je?" "Apalah ada degree kerje kedai makan?" "Nama je ada degree, gaji lebih kurang SPM jugak. Macam mana nk beli kereta? Boleh bagi mak ayah berapa sen sebulan?"

Kita pun mula risau kata-kata orang.

"Kenapa tak kerja kat pejabat agama? Kerja bank ke? Kenapa tak jadi pegawai syariah?" Dan macam-macam lagi serkap jarang tanpa tahu kesusahan nak mohon kerja zaman sekarang.

Kalian yang membaca tulisan ni, ketahuilah,

Dalam Islam, Ar-Rizq bermaksud pemberian atau kurniaan Allah swt pada kita, sama ada duniawi atau agama. Sama ada dia boleh dimanfaatkan, atau boleh dimakan, atau dalam bentuk yang tak boleh dimakan. 

Rezeki tak semestinya dalam bentuk material dan kebendaan. Semua yang bagi manfaat pada kita adalah rezeki. Ketenangan, kebahagiaan, kasih sayang, ilmu pengetahuan, kesihatan, keselamatan dan sebagainya.  Maksud rezeki Allah terlalu luas. Untung bagi orang yang memahaminya.

Cerita hidup setiap orang tak sama. Bakat setiap orang tak sama. Semua manusia unik dan istimewa dengan cara masing-masing.
Tugas kita, usaha dan lakukan kerja yang terbaik. Biar berkat. Insya Allah, bila berkat, kita rasa cukup. 

Allah kata dalam Quran, sesiapa yang bersyukur, Allah tambah lagi. Mungkin bukan sebab Allah taknak bagi, tapi sebab kita tak syukur lagi. 

Kalau kita syukur, Allah tunggu-tunggu nak bagi kita banyak lagi. Orang yang bersyukur ni, orang yang sangat hargai apa sahaja yang dia dapat. Sebab tu, kita boleh nampak orang yang bersyukur ni kuat. Nampak kuat. 

Bersyukurlah, Allah tambahkan lagi. 

Bersyukur jadikan kita kuat dan positif setiap hari. Amalkan cakap terima kasih. Hargai orang sekeliling kita. Baru bahagia. 

Bersyukur bukan maksud kita dah tak improve diri kita. Tetapi maksudnya kita dah terima dan value diri kita seadanya. Lepas tu kita naik sikit-sikit. Improve sikit-sikit. Jangan jadi orang yang duk kejar nak semua benda, nanti penat. Fokus satu-satu.

Dapat kerja biasa-biasa pun, Istikharah dulu, buat pilihan baik-baik. Mana tahu pilihan tu jadi jambatan (transit) untuk dapat kerja yang kita nak. 

Mana tahu peluang tu jadi platform untuk kita lagi kenal apa yang kita nak sebenarnya. 

Asalkan halal, boleh solat 5 waktu dengan baik, trylah dulu. Of course kerja apa-apapun kena sabar. 😊Semua orang ada rezeki, masa yang sesuai dan pilihan masing-masing. Hormatlah pilihan orang lain. 

Jangan rasa rezeki kita kurang, hanya sebab kita rasa tak terbanding dengan orang lain dari segala sudut. Kita bukan dia. Jangan nilai hidup kita berdasarkan post instagram orang lain. Takda orang nak post pasal kesusahan hidup.

Dunia ni sementara. 
Ramai orang menuai benda yang nampak. Mengumpul duit dan wang simpanan, berfikir nak upgrade kenderaan, dan semuanya. Duit dan kebendaan adalah alat untuk kita hidup. Jangan kita sesat dalam perjalanan nak dapatkan alat ni. Hilang diri sendiri. Lupa diri. Nau'zubillahhi min zalik. Sayang diri kita. Sayang nikmat hidup yang Allah bagi. Tuai amalan akhirat kita jugak. Yang kekal abadi. Kita taknak sampai akhirat, yang kita kejar ni sebenarnya cuma debu. Tak membantu kita kat sana. 

Buat baik dengan semua manusia. Jauhi buruk sangka. Jaga lidah kita. Jaga adab dengan mak ayah. Berkat Allah ni walaupun sikit kita rasa lapang, walaupun banyak, kita tak riak. 

Saya tau, persoalan rezeki ni kadang-kadang menguji iman kita, tetapi percayalah, Allah akan bagi kita rezeki yang terbaik. Saya tak cakap kat orang, saya pernah rasa jugak struggle dia. 

Berusaha, berdoa, dan bersyukurlah. Insya Allah, moga anda semua murah rezeki, dilapangkan urusan hidup, semakin baik dan berbudi. 😊 aamiin.

Monday 27 January 2020

DAH SOLAT TAPI REZEKI LAMBAT

Dah solat tapi rezeki lambat. Orang lain tak solat kenapa rezeki melimpah ruah?

Menjadi perkara biasa sebenarnya apabila perkara seperti ini bermain di fikiran. Mudahnya manusia merasakan ibadatnya lebih baik daripada orang lain hingga sibuk menghitung balasan dan ganjaran yang Allah swt berikan. Jahilnya kita kerana sombong dengan apa yang telah kita laksanakan hingga kita lupa maknai apa itu keikhlasan.


Cuba lihat kembali di mana silap kita. Bagaimana solat kita? Ada orang yang solat setiap masa tapi sujudnya tergesa-gesa. Ada orang sedekah sana sini tetapi riyaknya di media sosial buat orang lain mengata. Ada orang sempurna ibadat rutinnya tetapi mengherdik dan menghina dah menjadi perkara biasa. Kadangkala mungkin kita rasakan ibadat kita sudah sempurna, namun tanpa sedar masih banyak kesilapan semasa berbicara dengan insan.


Ada yang sombong dengan manusia. Ujian kecil yang datang pun kita marah dan persoalkan. Rezeki kurang daripada orang lain pun kita pertikaikan. Doa ditangguh sebentar pun kita merungut yang Allah SWT lambat. Mudahnya kita buruk sangka kepada Allah SWT. Adakah kita benar-benar hamba- Nya?


Mungkin benar, kita selalu mengadap Tuhan tetapi jiwa kita masih riyak dan sombong dalam kehidupan. Cuba lihat kembali apa yang telah Allah SWT tunaikan. Banyak yang telah Allah SWT kurniakan namun kita masih mahukan lebih dan lebih hingga lalai dan lupa dengan janji Tuhan. 


Jangan lupa mengapa wujudnya istilah istidraj. Ada orang yang jahil namun masih diberi segalanya. Mereka sangka itu ganjaran namun sebenarnya itulah ujian. Bahagia, kaya berharta, dan mampu memiliki segalanya namun tanpa disedari riyak dan sombong mula memakan diri. Nasihat orang tidak mahu lagi didengari dan mula rasakan segala nikmat hari ini ialah hasil usaha sendiri bukan bantuan dan doa daripada insan lain setiap hari.


Jangan sibuk menghitung rezeki orang lain hingga kita tidak mensyukuri rezeki yang kita miliki. Jangan mengatakan kita layak terima itu ini dan mereka tidak berhak dapat seperti kita kerana mungkin kita menilai hanya melalui apa yang dilihat di depan mata sahaja. Mana rezeki yang ada itu, hargai dulu. Banyak lagi yang patut dihargai bukan sekadar menilai wang ringgit di dalam poket sahaja.


Apa yang kita miliki hari ini mungkin nampak biasa bagi kita. Mungkin belum cukup bagi kita. Mungkin belum puas bagi kita. Tetapi sedarlah, ada insan lain yang terlalu lama berharap untuk mendapat perkara yang sama.


Jika kita melihat ujian ini sebagai perkara yang positif, ujian tersebut mampu membawa kita mendekatkan diri kepada Allah SWT dengan lebih kerap. Kita akan bersungguh-sungguh berdoa, memohon ampun dan pertolongan daripada Allah SWT serta tidak berputus asa dengan mudah. Inilah nikmat yang lebih baik daripada perkara lain.


Namun jika kita melihat ujian itu sebagai beban yang menjauhkan kita daripada Tuhan, itulah perkara yang wajib kita elakkan. Lari daripada Allah SWT, putus harapan, dan tidak yakin dengan Tuhan akan menyebabkan kita semakin lemah dan hilang arah. Oleh sebab itu, baik atau buruk sesuatu ujian itu bukan berdasarkan apa yang kita hadapi tetapi berdasarkan bagaimana kita bertindak balas terhadap ujian tersebut. Semuanya daripada cara kita mengendalikannya.


Kamu, apa yang kita tidak ada hari ini, sabar dulu. Jangan buruk sangka. Jangan iri hati dengan manusia. Jika perlu, nanti Allah SWT akan beri apabila tiba masanya. Jika tidak perlu, Allah SWT akan ganti dengan perkara yang lebih baik buat kita. Kita tidak tahu apa yang akan berlaku pada masa hadapan. Semua orang ada kisah mereka. Apa yang kita lihat hari ini hanya kisah bahagia. Kita tidak nampak air mata yang menghiasi malam mereka.


Lebih baik nikmati apa yang ada hari ini dan syukuri sepenuh hati sebelum kita kehilangannya. Setiap orang dah ditentukan rezekinya. Allah SWT adil dan hebat, bukan seperti hamba-Nya. Bersyukurlah kerana Allah SWT masih kuatkan diri kita dalam melakukan kebaikan. Ada orang yang dilimpahkan nikmat dunia yang sangat banyak namun semakin lama, dia semakin lalai dengan dunia yang penuh tipu daya. Bersyukurlah kerana Allah SWT sentiasa meletakkan kita dalam rezeki yang berpanjangan. Cepat atau lambat bukan penentunya. Asalkan rezeki cukup, itu dah lebih baik daripada segalanya. Allah SWT tahu nak letak kita di mana. Allah SWT kenal siapa kita.

Tuesday 28 May 2019

GOLONGAN GANTI PUASA, BAYAR FIDYAH, DAN KAFARAH

Golongan yg wajib GANTI PUASA SAHAJA:

1- wanita haid/nifas sebelum masuk ramadhan berikutnya

2- wanita hamil/menyusu yg risau akan keadaan kesihatan dirinya


Golongan yg wajib BAYAR FIDYAH SAHAJA:

1- Orang tua yg uzur dan tidak mampu untuk berpuasa

2- Orang sakit yg tiada harapan untuk sembuh - cthnya kanser, gastrik dll (mesti dptkan pengesahan dari doktor, bukan claim diri sendiri tak larat)


Golongan yg wajib BAYAR FIDYAH DAN GANTI PUASA:

1- Wanita hamil/menyusu yg risau akan kesihatan kandungannya

2- Wanita haid/nifas yg tidak sempat ganti puasa pada ramadhan tahun sebelumnya hingga dah masuk ramadhan berikutnya


Golongan yg wajib BAYAR KAFARAH DAN GANTI PUASA:

1- suami isteri yg bersetubuh di siang hari waktu ramadhan (hanya suami yang perlu membayar kafarah dan ganti puasa, manakala isteri hanya perlu ganti puasa tanpa membayar kafarah) 

**Turutan kafarah puasa:

1- Memerdekakan seorang hamba, jika tidak mampu

2- Berpuasa 2 bulan berturut-turut, jika tidak mampu

3- Memberi makan kepada 60 orang miskin (Kadar dan nilainya boleh rujuk pada Pusat Zakat negeri masing-masing)


Bayaran fidyah berganda atau tidak jika sudah melangkau tahun?

Jawapan: TIDAK

(rujukan: Jawatankuasa Muzakarah Perunding Hukum Syara' (Fatwa) Negeri Selangor yang bersidang pada 16 Januari 2001) - boleh semak di laman web JAKIM


Kadar bayaran fidyah untuk negeri selangor:

https://www.zakatselangor.com.my/kalkulator-fidyah

(Negeri lain boleh rujuk pada laman web pusat zakat/majlis agama islam negeri masing2 sbb lain negeri lain kadarnya)


Hari ganti puasa berganda atau tidak?

Jawapan: TIDAK (Ijma Ulama')


Jangan susahkan benda yg mudah, Jangan sempitkan benda yg luas hingga menghalang kita dari beramal.

Ramai orang decide untuk taknak bayar fidyah langsung sebab rasa ia terlalu berat kerana nilainya bertambah setiap tahun, sedangkan ia tidak begitu, isu pertambahan kadar fidyah ni khilaf. Tapi ulama' sepakat mengatakan hukum membayar fidyah WAJIB. Begitu juga dengan hukum ganti puasa, WAJIB. Kalau rasa tak larat, ganti selang seli pun takpa. Buat slow-slow. Islam tak suruh pun ganti berturut-turut. Asalkan buat. Hutang dengan manusia pun wajib bayar, apatah lagi hutang dengan Allah.

Islam itu simple. Ambiklah yg mana dekat dgn kita, yg kita rasa kita mampu buat. It's better dari tak buat langsung. Tak mampu buat semua, jangan tinggal semua. ALLAH tak lihat pada hasil, ALLAH lihat pada usaha. Selamat beramal.☺

Tuesday 5 March 2019

SAHAJA AKU MENULIS.....



"Kena tengok jugak..kita ni siapa..dorang tu siapa..dorang sume penulis hebat2..kita nak lawan dengan dorang? Seriously kau?"

Begitu kata-kata seorang kenalan rapat saya 5 tahun lepas..waktu saya mula2 buat blog, dan waktu hari pertama saya create nama pena saya sebagai "ukhti hensem"..Ramai orang gelakkan..Ramai orang pandang rendah..

Bukan sebarangan orang yang menuturkannya..beliau adalah seorang insan yang saya hormati..juga seorang insan yang punya latar belakang agama yang tinggi..

Serius, kata-katanya2 memberikan kesan yang cukup besar dalam diri saya..terus rasa rendah diri..terus rasa tidak yakin dengan diri sendiri..kata-kata dia bagai racun yang membunuh habis semua semangat saya..rasa putus asa..tak berani mencuba kerana takut kecewa..

Cerita lama..waktu itu saya menangis, sebab usaha dan minat saya tidak mendapat sokongan yang sepatutnya..


"Kak, yang kau beriya sangat ni kenapa? Kau ingat buku kau tu nanti boleh lakukah?"

Nada sinis suara mereka buat saya benar-benar terluka..kawan-kawan saya tidak yakin saya boleh pergi jauh..keluarga juga bagaikan tidak mahu masuk campur..sungguh saya benar2 terasa keseorangan dalam memulakan perjuangan..

Banyak juga koleksi artikel, cerpen, dan manuskrip yang saya dah tulis..namun setiap kali teringat kata2 mereka yang memperlekehkan, terus jadi tidak yakin untuk "publish" semua hasil penulisan tu pada umum..sudahnya hanya terkepam dalam laptop saja..

Hingga satu hari tu saya berdoa,

"Ya Allah, jika ini baik bagi dunia dan akhiratku, engkau permudahkanlah..tapi jika benar menulis ini tidak baik untuk aku, engkau tariklah kembali kecenderunganku ini.."

Ingat lagi waktu pertama kali saya cuba masuk pertandingan menulis artikel bengenre motivasi islamik..selepas membaca "background" beberapa peserta yang turut sertai pertandingan tu, perasaan takut dan tak yakin tu Allah je yang tahu..mereka memang hebat2..tapi saya gagahkan juga diri untuk masuk pertandingan tu..bila lagi nak mencuba..

Selepas beberapa minggu menunggu, keputusan pun diumumkan, dan saya berjaya mendapat tempat kedua, dapatlah hadiah wang tunai RM250..perasaan gembira masa tu tak terucap dengan kata2..tak sabar rasanya nak berkongsi berita gembira ni dengan orang2 yang rapat..biar mereka baca apa yang saya tulis..tapi rupanya perasaan tu sekejap je..bila tunjuk artikel tu kat famili, semua buat tak endah..tunjuk pula pada kawan2, semuanya sibuk takda masa nak baca..

Rasa remuk sangat hati masa tu..

Saya masuk ke dunia penulisan sebatang kara..hanya saya dan Allah..memang, barangkali pada suatu ketika kita akan diuji dengan rasa kecewa kerana sesuatu perkara baik yang sedang diusahakan tidak mendapat sokongan daripada keluarga dan rakan2..itu belum termasuk perlian dan kata2 sinis daripada cikgu2 waktu saya intern dulu..

Bertabahlah! Jangan terlalu mudah menyerah kalah! Jangan terus menganggap mereka negatif dan menyalahkan mereka semata2..anggap saja mereka belum mengerti..bukankah nabi saw juga pernah dibaling batu sewaktu menyampaikan dakwah? Lihatlah apa alasan yang digunakan baginda untuk memujuk hati.."kaumku belum mengerti"..ya, mereka yang kelihatan membantah dan tidak peduli dengan perjuangan kita itu sebenarnya belum mengerti saja..jangan mengalah..tunjukkan kesungguhan kita hingga akhirnya mereka benar2 meyakininya!

Fahami satu perkara, inilah yang dinamakan ujian..Allah mahu uji kesungguhan kita dalam membuat kebaikan..justeru, bertahanlah..jangan pedulikan kata2 negatif..jangan terlalu mudah berkecil hati dengan orang yang memperkecilkan usaha kita..mereka itu hanya "alatNya" sahaja..Allah sebenarnya yang mahu menguji kita..

Ingatlah, dalam membuat hal2 kebaikan, halangan juga adalah satu kebaikan..jadikannya sebagai jambatan yang menuntut kita melepasinya dengan penuh kesabaran..sabar..istighfar..dan teruslah percaya pada janji Allah; di sebalik setiap kesukaran, pasti ada kesenangan!

Saturday 23 February 2019

ZAHIRKAN KASIH SAYANG


"Sunnah zahirkan rasa cinta dan sayang.."

Ustaz Ebit Lew..antara pendakwah yg saya sangat kagum..langsung tiada unsur kebencian, politik, perkataan kasar, sindir menyindir dalam ceramah beliau..yg ada cuma kasih sayang..Allah sayang..

Andai semua daie bersifat sedemikian dalam dakwah..mungkin lebih ramai insan yg "kurang faham" dpt dibantu..kerana fitrah manusia itu sendiri sukakan kebaikan..

Persoalan agama bukan sekadar memerlukan penguasaan hukum, pendapat ulama', dan ilmu-ilmu agama..Bahkan ia perlukan jiwa.. Seimbang keduanya; fakta dan menyentuh hati..

Agama adalah naluri, jiwa dan fitrah manusia..Ia dekat dengan hati manusia andai kena caranya..Usah sering menyalahkan orang kerana menjauhi agama, mungkin silap cara kita berkata-berkata, atau menyantuni dengan tidak setara..

Ikhlas itu dapat dirasa, meskipun oleh manusia yang buta..Jangan asbab mulut kita yang lancang menghina, menjadi sebab seorang pendosa berputus asa dari Tuhannya..

Sepatutnya bila nampak orang buat maksiat, buat dosa, benda pertama yg kita perlu buat adalah kita kena salahkan diri kita..itu tandanya kita kurang "buat kerja"..

Ayuh! Masih banyak lagi tugas yang belum selesai..fastabiqul khairat!!

Sunday 3 February 2019

TUHAN ITU ADIL

Dalam dunia ni, semua benda bergerak dalam zon masa masing-masing.

Ada yang masih single. Ada yang kahwin 20 ribu belanja, sebulan dah berpisah. Ada yang dah kahwin 10 tahun tapi masih belum ada anak. Ada yang baru kahwin bulan lepas, hari ni dah mengandung.

Ada yang grad umur 23 tapi terpaksa tunggu 5 tahun sebelum dapat kerja tetap. Ada juga yang grad umur 29 tapi lepas grad terus dapat kerja tetap.

Ada yang kerjanya nampak biasa-biasa, malah gaji pun sederhana saja, tapi dia bahagia dengan kerjanya. Ada juga diberi rezeki berupa duit yang melimpah ruah, tapi hidupnya tidak gembira.

Zon masa dan garisan kehidupan kita semua tak sama. Jadi tak perlu merasa kita 'tertinggal' hanya bila kita nampak orang lain lebih 'berjaya' dan terkehadapan berbanding kita. Masa kita belum sampai.

Obama bersara pada umur 55, tapi Trump ''bermula" pada umur 70. Hanya zon masa mereka saja yang berbeza, tapi sama-sama dapat jadi Presiden.

Ada yang dah dipanggil atuk pada usia 47 tahun, tapi ada yang baru menimang cahaya mata pertama di umur yang sama.

Ada yang 'depan' dari kita. Tapi ada juga yang 'belakang' dari kita.

Semua orang bergerak dalam laluan yang berbeza, pada zon masa yang berlainan. Allah ada perancangan berbeza untuk kita semua.

Jangan dengki, jangan sakit hati, jangan sedih. Mereka bergerak dalam zon masa mereka, dan kita juga ada zon masa sendiri.

You are not late. You are not early. You are just on time. Jangan stress.

Ketahuilah, kita sama-sama diuji. Cuma bentuk ujiannya saja berlainan. Namun, kita sama-sama juga berezeki, namun pembahagiannya juga mungkin ada perbezaan. Kita mungkin kurang pada satu sudut, tapi dilebihkan pada sudut yang lain. Mungkin kita belum diberi rezeki untuk dapat kerja tetap, tapi kita diberi peluang oleh Allah untuk meraih pahala dengan menjaga ibu bapa. Kita mungkin belum dikurniakan anak, tapi kita masih diberi rezeki berupa suami yang sangat baik dan penyayang. Kita mungkin dikurniakan ibu mertua dan ipar duia yang cerewet, tapi di tempat kerja kita disenangi oleh rakan-rakan sekerja dan bos. See?

Tenang saja. Tuhan itu adil dengan caraNya sendiri. Kita hanya perlu sabar, dan teruskan usaha untuk buat yang terbaik. Moga kita termasuk dalam kalangan hambaNya yang redha dalam menempuhi takdir kehidupan, tidak meminta agar dipercepat sesuatu yang ditunda, dan tidak meminta agar ditunda sesuatu yang dipercepat. 😊

Tuesday 29 January 2019

MENIPU


Kau boleh tipu orang lain. Tapi kau tak boleh tipu Allah. Kau boleh terus berpura-pura dengan manusia, tapi kau kena ingat, syurga yang kau nak pergi itu, Allah yang punya!

Tahu tak apa dosa yang paling mudah menjatuhkan wibawa kita? Menipu. Betul! Menipu ni bahaya. Sekali kita ditangkap kerana menipu, maka sampai bila-bila pun orang akan sentiasa was-was dengan cakap kita. Menipu adalah dosa yang paling mudah dibuat. Tapi cukup susah ditebus semula. Kadang-kadang sudah sedap menipu, nak minta maaf, terasa malu. Kadang-kadang, sudah dapat kekuatan nak mengaku salah sendiri, tapi orang yang ditipu itu pula kita sudah tak jumpa lagi. Pandai-pandailah menjawab di akhirat nanti.

Sebenarnya, ada banyak sebab kenapa manusia menipu. Kadang-kadang ia dianggap 'shortcut' untuk dapat apa yang mereka mahu. Ada orang menipu untuk suka-suka. Ada yang menipu untuk menyelamatkan diri mereka, kononnya. Malah ada juga yang menipu untuk perkara yang kecil-kecil sahaja. Sangka mereka tak mengapa, walhal malaikat di kiri sudah pun mencatatkannya sebagai dosa. Apa yang Allah larang, tentulah ada sebabnya. Cuba bayangkan perasaan kita kalau seseorang menipu kita? Mesti kita rasa marah dan kecewa, kan?

Kata Sayyidina Ali, hukuman yang paling berat bagi mereka yang menipu ialah apabila orang sudah tidak mahu percaya lagi kepada mereka, walaupun semasa mereka bercakap benar. Bayangkanlah. Kita beriya-iya cakap perkara yang betul, tapi orang perlekehkan sahaja. Kita bercakap benar, tetapi mereka tidak percaya! Padan muka kita!

Sekali kita menipu, bukan senang kita nak buat orang percayakan kita semula. Kalau pun boleh, ia mengambil masa yang sangat lama. Sungguh, berterus-terang itu lebih mudah. Jadi, berterus-terang sajalah!

KELUARGA YANG DITAKDIRKAN


Kita boleh pilih dengan siapa kita mahu berkawan. Kita masih boleh pilih dengan siapa kita mahu berkahwin. Tapi keluarga, tiada pilihan! Itulah saja. Hargai mereka seadanya.

Jaga hubungan dengan ahli keluarga. Kita, sayangkan kawan macam mana sekalipun, hubungan dengan keluarga tetap perlu kita jaga. Kena ingat, kalau kita sakit, adik beradik juga yang berkejar dulu dapatkan kita. Kalau mati, ahli keluarga juga yang akan uruskan jenazah kita.

Memang, hubungan kekeluargaan selalu ada cacat cela. Mana-mana keluarga pun sama, kerana demikianlah cara Allah menguji hambaNya. Ya. Allah akan uji kita dengan orang-orang yang paling hampir dengan kita. Dengan keluarga kita. Dengan suami kita. Dengan ayah kita. Dengan mak kita. Dengan adik beradik kita.

Jika kita mampu fahami hakikat ujian sebegini, kita akan sangat berhati-hati. Kerana bila kita sebut tentang UJIAN, hanya satu perkara yang patut jadi titik tumpuan, iaitu kita mahu lulus! Jika benar mahu lulus, maka jagalah hati keluarga kita. Bertolak ansurlah dengan kekurangan mereka. Kerana kita juga tidak sempurna mana.

Kalau mereka sedang susah, jangan dipinggirkan. Tak mampu bantu dengan duit, bantu dengan kata-kata semangat. Kalau mereka tersalah, bimbinglah. Tak mampu dengan nasihat, dengan doa. Tak mampu cara dekat, cara jauh.

Kalau mereka degil tak nak dengar kata, jangan terlalu cepat kita 'pergi mampus' kan mereka. Sabar. Jangan putus asa. Teruskan bagi nasihat. Kalau nasihat pun sudah tak jalan, kirimkan doa daripada hati yang tulus mengharapkan kebaikan buat mereka.

Yang penting, jangan sesekali kita tinggalkan mereka kerana saat seperti itulah mereka lebih lagi memerlukan sokongan kita - ahli keluarganya!

Sunday 9 September 2018

PERSEPSI KITA PADA TAKDIR


Kalau mahu hati tenang dan bahagia, luaskan persepsi kita dengan aturan takdir Nya..

Kita sering tersilap membuat perhitungan. Apabila kita memberi hutang kepada seseorang, kita pusatkan kiraan kita bahawa dia yang akan membayarya. Apabila kita membuat kebaikan kepada seseorang, kita letakkan hajat agar dia yang membalas kebakan kita. Apabila kita menyayangi seseorang, kita penuh berharap supaya dia juga akan melimpahi kita dengan kasih sayangnya.

Di sinilah letaknya kesilapan kita. Kesilapan yang akhirnya membuahkan tekanan kepada jiwa. Kita suka memandai mandai dengan takdir hidup kita. Kita lupa peranan Allah yang mengatur segala-galanya.

Oleh itu, apabila orang pinjam duit kita dan tak bayar, kita mula marah-marah. Apabila orang yang kita tabur budi kepadanya tidak tahu membalas jasa, kita kecewa. Apabila orang yang kita sayang tidak membalas kasih sayang kita, kita merana.

Walhal semua kebaikan kita sudah pun termaktub ganjarannya menerusi pelbagai sumber. Mungkin sumber yang sama seperti yang kita harap, atau barangkali dari sumber lain yang kita sendiri tidak jangka. Kasih sayang juga boleh hadir dalam pelbagai punca. Mungkin daripada orang yang kita sayang atau mungkin juga daripada orang yang benar-benar menyayangi kita.

Apabila kita hanya fokus pada pintu yang satu, kita lupa kepada sekian banyak pintu lain yang telah terbuka.

Allah itu Maha Kaya. Setiap kebaikan yang kita buat akan berbalik kepada kita, malah dengan jumlah yang berlipat kali ganda.

Ya, kita sebenarnya sentiasa mendapat ganjaran dari apa jua kebaikan yang sudah kita lakukan. Cuma barangkali kita sahaja yang tidak perasan. Sebabnya, kita asyik memandang ke pintu yang sama! 

Lalu, mahu salahkan siapa atas penderitaan kita? Kita yang tersilap kerana menyempitkan ruang lingkup ganjaran yang kita terima. 

Justeru, kalau mahu hati tenang dan bahagia, luaskan persepsi kita dengan aturan takdir Tuhan. Itu sebenarnya yang jiwa kita perlukan.

Monday 3 September 2018

KITA BUKAN TIADA JODOH


Kita bukan tiada jodoh.

Setiap kali musim cuti sekolah, maka banyaklah kad kahwin kawan-kawan yang datang bertandang untuk memenuhi jemputan. Dulu pernah juga bercakap dengan diri sendiri, "kawan-kawan ramai dah kahwin, aku bila lagi?". 

Bila difikirkan balik, apa tujuan kahwin? Kita bukan kahwin sebab ikut orang. Orang kahwin kita pun nak kahwin, tapi persediaan ke arah itu masih kosong. Nak kahwin ni, pertama sekali kena letak sebabnya, iaitu nak cari redha Allah. Itu yang penting. Untuk dapat redha Allah, kena ada persediaan.

Ramai yang sedih bila kawan-kawan ramai dah kahwin, tapi diri belum lagi bertemu jodoh. Aku tak comel ke. Aku tak handsome ke. Aku gemuk ke. Hey kawan, positif!. Kita bukan tiada jodoh, tapi Allah tahu bila masa sesuai untuk kita bertemu dengan jodoh.

Positif.

1. Allah lambatkan jodoh kita sebab Allah masih memberi peluang untuk kita belajar tentang diri kita. Hubungan kita dengan Tuhan macam mana? Dengan orang sekeliling pula macam mana? Allah masih beri peluang tersebut supaya kita mudah untuk didik keluarga kita nanti kenal Allah. Untuk tahu siapa itu Allah? Berapa banyak kita sibuk urusan kahwin tapi Allah pun kita belum kenal. 

2. Allah lambatkan jodoh kita sebab Allah masih memberi peluang untuk kita berbakti kepada orang tua. Bukan kata dah kahwin tak boleh berbakti, boleh. Cuma masa sedikit terbatas dan komitmen kita tak sama lagi. Berapa banyak kita dah hiburkan hati orang tua kita, bahagiakan mereka tapi dalam masa yang sama kita sibuk nak bahagiakan orang lain.

3. Allah lambatkan jodoh kita sebab Allah masih memberi peluang untuk kita dalami lagi ilmu-ilmu​ rumahtangga, terutamanya juga ilmu agama. Paling tidak, bab Taharah, Haid, Nifas dan Istihadhah kita dah boleh memahami. Berapa ramai yang masih kencing berdiri dan istinjaknya masih belum bersuci.

Kita bukan tiada jodoh. Cuma Allah tangguhkan sekejap untuk kita siapkan diri kita. Ambilah peluang-peluang​ ini. Sangka baik dengan Allah. Dia tahu masa yang sesuai. Semuanya dah tercatat. Jangan risau.

Dalam masa yang sama, kena usaha.

Usaha untuk jadi orang baik. Insyaallah dapat pasangan pun orang yang baik.

Jika tiada jodoh di dunia sekalipun, kita ada bidadari yang sedang tunggu di Syurga. Berusaha juga untuk ke Syurga.

Banyakkan berfikir,

"Bila aku akan mati"

berbanding,

"Bila aku akan bernikah dan dinikahi."

Kerana yang mati itu pasti.

Sunday 5 August 2018

BIJAKLAH KAMU DALAM BERDOA



Kita dalam berdoa ini jangan kedekut. Kita ini kadang-kadang dalam berdoa tamak betul. Kita je yang nak senang, kita je yang nak dapat nikmat. Kalau orang, kita jadi hasad pula orang lain tak payah dapat nikmat.

Sebab kita ini minta maaf (cakap) kita ini kurang bijaksana dalam amal hatta kadang-kadang kalau kita di Mekkah kita lupa mendoakan kepada kaum mukminin dan mukminat. Kita tawaf, banyak doa kita minta, kita lupa minta "Ya Allah qobulkanlah semua doa orang-orang yang sedang meminta disaat ini."

Bayangkan banyaknya, pelbagainya dari doa-doa mereka yang kalau kita berdoa seperti itu semua permintaan yang mereka minta itu juga akan dapat kepada kita sedangkan kita mungkin banyak lagi yang ketinggalan dalam memohon kepada Allah ï·».

Dengan ucapan seperti itu "Ya Allah qobulkanlah semua doa orang yang meminta disaat ini yang sedang tawaf kepada Engkau." Semua doa itu pula akan diberikan oleh Allah ï·» kepada kita hatta kalau kita berada dalam masjid pun. Berdoalah "Ya Allah qobulkan lah semua yang sedang mengangkat tangan, memohon kepadaMu pada saat ini."  Kena bijak dalam berdoa.

Sepertimana bijaknya Saidina Abu Hurairah Radhiyallahu'Anhu ketika mana beliau duduk dengan Nabi ï·º bersama dua orang sahabat setelah bersama dengan sahabat-sahabat yang berkhidmat kepada Nabi ï·º.

Nabi ï·º mengatakan "Berdoalah kamu dan aku akan mengamiinkan." Maka Para Sahabat merasakan ini adalah peluang yang besar kerana bukan senang. Jadi seorang sahabat berdoa yang panjang doanya maka Nabi ï·º mengamiinkannya.

Setelah itu giliran seorang sahabat Ansar pula mengangkat tangan berdoa dan terus berdoa sehingga selesai diaamiinkan oleh Baginda Rasulullah ï·º.

Akhir sekali, Nabi ï·º mengatakan "Abu Hurairah, kamu pula berdoa sekarang." Maka Saidina Abu Hurairah Radhiyallahu'Anhu pun berdoa mengatakan "Ya Allah berikanlah kepada aku semua yang diminta oleh dua orang sahabatku tadi dan berikanlah kepada aku ilmu yang tidak aku lupakan sama sekali."

Maka sahabat yang tadi meminta dengar mengatakan "Kami tidak minta tadi ilmu yang tak terlupakan. Ya Rasulullah kami nak minta sekali lagi." Kata Rasulullah ï·º "Bahagian kamu dah habis dah, sekarang bahagian Abu Hurairah."

MashaAllah bijaknya Saidina Abu Hurairah Radhiyallahu'Anhu. Kita pun kena bijak dalam berdoa. Jangan kita rasa kita pentingkan diri sendiri kita sahaja, saudara kita pun memerlukan kepada doa.

Kalau kita tak boleh tolong secara material, tenaga maka jangan lupa untuk kita kirimkan dengan doa kerana doa itu adalah senjata kepada orang mukmin.

Kredit: MutiaraKata HABIB NAJMUDDIN BIN OTHMAN AL-KHERED HAFIDZOHULLAH

KUN FAYAKUN

Kenapa ada yang menjual nasi lemak tepi jalan setiap hari tapi tetap tak buka kedai? Sebab dia selesa begitu. Tak suka nak fikir masalah yang complicated. Kenapa ada yang jadi doktor walaupun gaji tidak setimpal tenaga dan masa yang dikorbankan? Sebab passion. Happy bila tengok pesakit baik semula. Kenapa ada yang setia menjala ikan setiap pagi? Sebab hanya itu yang dia tahu. Seronok dapat ikan banyak.

Jangan paksa orang jadi kaya. Jangan sombong dalam kata seolah semua manusia kena kaya dan berharta. Seolah yang memilih 'makan gaji' itu tidak berjiwa besar atau taknak maju dalam hidup. Seolah yang berniaga kecil-kecilan itu takde apa nak dibanggakan. Seolah yang memilih menjadi surirumah tangga sepenuh masa itu 'loser'. Seolah bila bergelar jutawan itu baru definisi kaya dan berjaya.

Kebahagiaan dan rasa cukup manusia itu berbeza. Keperluan dan kehendak manusia itu berbeza. Allah mencipta manusia itu berbeza. Minat berbeza. Kudrat berbeza. Kepakaran berbeza. Pengetahuan berbeza. Latar belakang berbeza. Sihat sakit berbeza. Kerana semua memerlukan antara satu sama lain.

Kalau hari ini kita rasa kita hero, jangan lupa esok kita boleh jadi zero. Hanya dengan KUN FAYAKUN. Buang sombong dan rasa besar dalam diri tu. Tidak memiliki itu sebuah ujian. Memiliki sesuatu juga sebuah ujian-- yang lebih hebat, yang lebih halus. Optimis itu bagus; cuma jangan sampai riak, takabbur, tidak menjaga silaturrahim. Jangan lupa asal usul kita. Semuanya asal dari tanah, dan ke tanah juga kita akan kembali. Apa yang kita ada hari ni, semuanya akan kita tinggalkan. Tak ada satu pun kita akan bawa bersama. Hanya satu yang bernama taqwa.

Respect other's decision.
Embrace diversity.

Saturday 2 June 2018

Jangan Terpedaya dengan Dunia

Saudaraku, aku menulis baris-baris kalimah ini dengan hati yang berkecamuk dan fikiran yang buntu. Entah kenapa hari demi hari aku terasa hidayah Allah semakin menjauh daripadaku. Aku sedar, selama ini bukan Dia yang pergi meninggalkan aku, tetapi akulah yang bergerak, setapak demi setapak, hingga akhirnya aku kian kehilangan jejak.

Pada saat aku semakin rancak pesan-memesan, terasa akulah yang kehilangan kebaikan. Amalan yang dahulu terasa ikhlas kerana-Nya, kini semakin malas ntuk ku baja. Akhir-akhir ini itulah soalan yang sering buat aku tertanya-tanya. Di mana silapnya? Kenapa hariku ini semakin memburuk daripada hari-hari sebelumnya? Gelap pekatkah hati ini dengan dosa-dosa hingga aku sudah tidak mampu melihat lagi cahaya?

Bagai terngiang-ngiang kata-kata Imam Malik kepada asy-Syafi'i: "Aku melihat Allah meletakkan cahaya dalam hatimu, kerana itu jangan kamu padamkan dengan kegelapan dosa." Betapa insan sehebat asy-Syafi'i turut diberi amaran keras seperti itu, apatah lagi insan hina seperti aku?

Barangkali itulah punca rasa keterasingan ini. Terasing daripada hidayah Allah. Terasing daripada segala sifat mahmudah. Astaghfirullah, betapa seksanya apabila membayangkan pandangan Allah terhadapku ketika ini. Adakah Dia memandangku dengan pandangan benci? Atau masihkah Dia sudi menerimaku sebagai hamba-Nya yang dikasihi?

Saudaraku, aku tidak mengeluh, cuma ingin berkongsi. Perkongsian ceritaku tentang apa yang kuderitai saat ini. Cerita tentang hidup yang bagiku terlalu ironi. Percayalah saudaraku, dalam liku-liku ranjau kehidupanmu, kau pasti akan melalui apa yang sedang aku alami. Satu saat engkau akan berasa tenang di bawah lindungan Tuhanmu Yang Maha Penyayang. Namun, satu saat lagi kau akan terasa jauh terumbang- ambing di satu aras yang tidak bertebing. Aras yang boleh menghanyutkanmu jauh daripada jalan yang lurus. Aras yang boleh menolak kau kian jauh dibawa arus. Kalau engkau tidak berkuat untuk menongkahnya, engkau akan hilang segala-galanya.

Memang benar, saudaraku. Hidup yang seketika ini benar-benar menarik seluruh tenaga dan upaya kita. Kita yang bermimpikan syurga, namun masih tega menghayun kaki ke neraka. Padahal sudah tahu di sana ada bahaya. Ada yang bakal menyeksa dan diseksa. Namun, akal buta kita tetap juga menghala ke arah sana. Ya Allah, betapa jahilnya!

Kitakah yang dikata Allah, hamba-Nya yang menzalimi diri sendiri? Kalau kau cuba nafikan, tanyakan dirimu sekali lagi; meskipun kita tahu ada balasan azab yang menanti?

Betapa lalainya kita saudaraku. Betapa mudahnya kita kehilangan fokus terhadap tugas pertama. Kia lupa pada asal usul tujuan penciptaan kita sebagai manusia. Mengabdikan diri kepada Dia, bukan kepada harta-benda. Berusaha mencapai redha Allah, bukan mencari penghargaan sesiapa. Kerana kita gagal menumpukan perhatian pada tugas pertama, maka beginilah jadinya. Redha Allah masih di situ dan tidak ke mana-mana, namun kita yang perlahan-lahan bergerak meninggalkannya. Kerana melawan fitrah sebenar, akhirnya jauh kita tersasar.

Tahukah kau, saudaraku? Antara tanda hidayah Allah kian jauh daripadamu ialah tatkala engkau disibukkan dengan perkara-perkara yang tidak perlu. Lalu pesanku, ambillah sedikit waktu untuk bermuhasabah. Berapa nisbah masamu yang kau habiskan untuk perkara-perkara yang tidak berfaedah? Berapa banyak titis air matamu tumpah bukan kerana Allah? Berapa banyak usahamu yang kau mulakan namun tidak pernah jumpa jalan penyudah? Sia-sia belaka, Sia-sia kesemuanya!

Ingatlah saudaraku akan kata-kata Imam al-Ghazali; sesungguhnya tidak ada perkara yang lebih sukar untuk diuruskan selain menguruskan hati sendiri. Adakalanya ia bergerak selari dengan iman dan kebenaran, adakalanya ia bergelandangan dengan nafsu dan syaitan.

Bermuhasabahlah saudara. Lihat kembali ke dalam diri dan carilah apa yang masih kurang. Zikirmu? Solatmu? Kepatuhanmu? Carilah pula apa yang terlebih. Kecintaanmu pada dunia? Kesukaanmu pada pujian manusia? Beristighfarlah. Andai kau temui kesilapan dirimu, perbaiki apa yang mampu. Andai hatimu resah gelisah seperti aku, menangislah saudaraku! Menangislah kerana menyesali khilafmu. Menangislah kerana syukurmu pada Ilahi. Paling tidak dalam gelisah gundah yang sedang menyeksa hati, ada secebis hidayah Allah yang masih berbaki.

Wahai saudaraku, andai ketika ini kau masih bergelumang dosa, auratmu tidak ditutup sempurna, solat mu masih tidak menepati ' masa, dan engkau masih boleh berasa begitu selesa, silakan bersiap sedia. Bala atas dosa-dosamu ini pasti akan menjelma.

Namun jangan pula kau lupa. Andai sahaja ketika ini auratmu sudah tertutup rapi, solatmu lengkap lima kali sehari, dan engkau merasakan amalanmu sudah cukup sempurna hingga kau boleh berbangga dengan pujian manusia, maka bersiap sedialah juga saudaraku. Sesungguhnya engkau benar-benar telah terpedaya!

Tempatmu tetap di sana, tetap ada azab yang menunggumu dengan setia. Untuk merenyuk lunyai tubuhmu, menyiat-nyiat kulitmu, menyalai jasadmu berkali-kali dengan api yang menyala-nyala lagi sentiasa membara. Tidak ada rehat buatmu melainkan seksa yang terus-menerus dan bertambah berlipat kali ganda. Dengarkan di situ teriakan ngeri jerit pekik ahli neraka yang sedang diseksa. Tidakkah terdetik di hatimu rasa gerun tatkala membayangkannnya?

Ingatlah saudaraku, dunia ini adalah hiasan dan penuh dengan tipu daya syaitan dan perasaan. Jangan sekali-kali kau rasa selamat daripada bahaya. Jangan sekali-kali kau menarik nafas lega. Sesungguhnya, hidup ini umpama belayar di lautan. Seketika kau berhempas-pulas dan berhabisan tenaga menongkah gelombang, dan seketika kemudian laut kembali tenang. Namun rutin itu akan pasti terus berulang. Bersedialah saudara. Sesungguhnya, satu persatu gelombang bakal menyerang dan kau perlu terus berjuang. Justeru, simpan tenagamu. Jangan kau habiskan dengan perkara-perkara yang tidak perlu.

Saudaraku, jangan kau keluhkan soal penat. Dunia ini bukan tempatnya untuk kita bersenang-lenang dan berehat. Satu persatu jalan yang kita lalui, pasti ada perangkap berduri. Teruskan berjalan, saudara. Namun pastikan kau sentiasa berhati-hati. Jangan sesekali kau berhenti daripada menambah ilmu kerana ilmu yang benar akan sentiasa menjadi penyuluh hidupmu.

Namun pesanku lagi. Jangan sekali-kali pula kau berbangga dengan ilmu yang ada. Tunduklah kau kepadanya. Jangan kau letakkan ilmumu di kaki sedangkan ia sepatutnya mulia berada di kepala dan di dalam dada. Ingatlah saudaraku, jika ilmu yang kau pelajari tidak mampu memberikan manfat buatmu, maka ia pasti akan membahayakan dirimu sendiri. Jangan kau lupa pengakuan Allah bahawa ia adalah sebaik-baik penipu daya. Maka tetaplah berwaspada. Jangan sesekali kau berasa selesa dengan apa juga nikmat-Nya dan pujian manusia.

Aduhai saudaraku, betapa rumitnya bila menyentuh persoalan hati. Benarlah sabda Baginda Nabi, tidaklah dinamakan hati jika ia tidak berbolak-balik. Bukanlah hati namanya jika imanmu tidak turun dan naik. Maka jangan sedetik pun engkau berasa selesa dengan imanmu. Perhatikannya selalu. Periksalah, adakah ketika ini kau terasa begitu manis dalam beribadah, atau ibadahmu saat ini terasa tawar, hatimu terus menerus resah dan gelisah? Bermuhasabahlah kerana dengan muhasabah sahaja kau dapat merancang pelan mujahadah. Dengan mujahadah sahaja kau boleh terselamat daripada tipu daya Allah.

Wahai saudaraku, apa yang kupesan ini bukan sekadar lontaran nasihat untuk dirimu. Namun percayalah bahawa itulah yang sedang kubicarakan pada diriku. Usah kita berhenti berharap dan berdoa. Nyawa yang masih berbaki ini lambang kasih-Nya yang tidak bertepi. Lambang masih ada sesuatu yang boleh kita lakukan untuk memperbaiki diri.

Berdoalah agar Allah tidak menyerahkan urusan kita kepada diri kita, walaupun untuk sedetik kerdipan mata. Berdoalah agar apa juga tindakan dan keputusan kita adalah daripada Dia. Jagalah dirimu saudaraku, kerana aku terlalu menyayangimu. Sebagaimana aku ingin menyelamatkan diriku daripada segala fitnah dan mehnah, begitulah harapanku untuk berkumpul denganmu suatu masa nanti, di jannah. Salam kasih dan rindu buatmu yang sentiasa berada di dalam ingatanku.

Friday 1 June 2018

Kenapa Mesti Malu?

 Waktu bulan ramadhan ni, nampak ramai manusia berlumba-lumba membaca Al-Quran..Ada yang membacanya di dalam train, ada yang membacanya sambil menunggu bas, ada yg membacanya di surau sementara menunggu waktu berbuka..Alhamdulillah, satu budaya yang bagus..
.
Cuma, saya agak terkesima apabila terbaca satu post daripada seorang "ustaz" yang mengatakan bahawa; buat amal perlu sembunyi-sembunyi, bimbang riak menyapa.. "dalam banyak-banyak waktu yang kau ada, kenapa masa dalam train jugak kau nak mengaji Quran? Nak menunjuk kat sape? Elok-elok dapat pahala, hangus terus.."
.
Ya Allah.. berbaik sangkalah..kadangkala perkataan kita sebeginilah yang membunuh niat baik orang lain untuk berbuat amal..orang akan jadi "takut-takut dan segan" untuk zahirkan benda baik..
.
Persoalannya, kenapa mesti malu? Zaman sekarang, orang buat dosa dengan selamba di depan kita. Akhirnya yang selamba itulah yang menjadi budaya. Budaya dosa. Yang buat baik pula, terpaksa menyorok-nyorok. Kalau buat amalan baik di depan orang lain, bimbang dituduh riak dan menunjuk- nunjuk..
.
Mahu bersedekah, terpaksa sembunyi-sembunyi. Mahu tegur salah orang pun rasa tidak berani. Mahu ajak orang buat amalan sunat, bimbang dikata poyo dan tidak ikhlas beribadat. Akhirnya, apa yang akan berlaku kepada masyarakat kita? Budaya baik sudah tidak 'nampak muka'. Budaya dosa sahaja yang berleluasa..
.
Sekarang, mari kita keluar dari kepompong untuk menyelamatkan diri kita sahaja. Kita kena fikirkan sesuatu yang lebih besar. Masalah ummah. Zaman sekarang ni, budaya dosa terlalu banyak berleluasa. Yang buat jahat sudah tidak rasa apa-apa, malah berbangga menayang dosa..
.
Sedang yang hendak buat baik masih sibuk hendak jaga niat sahaja. Padahal menzahirkan teladan yg baik kepada orang lain itu maslahahnya lebih besar. Kita dapat pahala atas amalan kita, dan kalau ada orang yang terbuka hati untuk menurutinya, pahala kita berganda-ganda.
.
Ya, kita kena cuba wujudkan budaya baik dalam masyarakat kita. Untuk wujudkan budaya ini, kita perlu berani, tidak perlu sembunyi-sembunyi. Yang penting niat kita..
.
Ikhlas tidak ikhlas lain cerita, yang penting itu budaya yang baik. Kita mesti sokong. Kenapa apabila ada usaha membuat kebaikan, ada sahaja yang mempertikaikan? Padahal, kalau ada yang melakukan kejahatan mudah sahaja kita berlepas tangan malah ada yang membela dan menyokong!
.
Kesimpulannya, ikhlaskan hati membuat kebaikan dan serulah orang lain juga. Apabila budaya baik sudah menjadi biasa, insya-Allah, kita yang buat pun tidak akan rasa istimewa. Jadi, masalah riak, sum'ah dan ujub dengan amalan sendiri pun secara automatik akan hilang begitu sahaja.
.
Selepas ini, jangan malu-malu lagi baca nak al-quran depan orang, jangan malu lagi pamerkan kebaikan. Akan tetapi jaga niat kita. Niatkan agar menjadi teladan. Niatkan untuk dapat pahala berganda. Sama-sama kita berusaha untuk mewujudkan budaya kebaikan di mana- mana sahaja. Itu yang akan membentuk masyarakat kita. Wassalam..

Thursday 29 March 2018

JANGAN RASA KITA LEBIH BAIK DARI ORANG



"Bulan2 puasa ni lah, baru sibuk nak pergi masjid..tu pun aku tengok solat terawih je..selama ni solat fardhu, ada dia solat kat masjid?? takdeee.."

"Musim2 exam, baru sibuk buat solat sunat..nampak sangat tak ikhlas nak buat ibadah.."

"Tu tak pakai tudung, tapi solat..neraka kirim salam..kena viral ni.." (sambil ambik video malukan orang)

"Eh tu bukan ke si Minah, pelik nau tetibe je dah pakai tudung labuh sekarang, dia dulu kaki clubbing tu..nak tutup dosa la tu.."

"Tu tengok pakcik tu, dah tua-tua pun solat salah..apa benda lah..buat malu je baik tak payah pergi masjid..kena rakam ni tunjuk kat orang.."

"Tu sedekah time ada orang, nampak sangat nak menunjuk..hek elleh, aku tengok seringgit je..poyo lebih.."

"Mengaji kuat2 time ada orang je tu, nampak sangat la nk menunjuk tarannum suara dia tu, elleh bukan sedap pun aku dengar..suara aku lagi sedap.."

Persoalannya,
hati kita ada masalah apa sebenarnya dengan orang?

Kadang, aku pelik dengan perangai sesetengah manusia..Manusia suka pada benda-benda baik..Tapi bila ada perkara baik, artikel yang baik, cerita yang baik, takde pulak nak share sampai jadi viral..Takde pulak nak dijadikan topik time bersembang dengan kawan-kawan..

Manusia tak suka kejahatan, tapi kenapa cerita yang mengundang dosa mengumpat, atau lebih teruk lagi memfitnah itu jugaklah yang kita jaja, kita share, kita like sampai jadi viral..Sangat pelik..Tapi itulah hakikatnya manusia zaman sekarang..

Nak buktikan apa? Nak buktikan orang lain tu jahil, jahat? Atau nak tunjuk diri kita baik? Cubalah cari sekecik-kecik kebaikan dalam setiap perkara. Kadang-kadang kita rasa kita dah cukup baik hanya kerana kita tak buat apa yang orang tu buat..Jangan rasa diri kita lebih baik hanya kerana dosa kita berbeza dengan mereka..

Banyak sebenarnya hikmah yang kita boleh renung dari perubahan dan amalan seseorang yang kita nampak, tapi kenapa yang buruk jugak kita nak cari? Bukankah itu menggambarkan yang hati kita sebenarnya yang buruk, busuk?

Sudah-sudahla tu cari buruk orang..Dosa kita sendiri masih banyak belum terampun, taubat kita sendiri masih bertangguh-tangguh, aib kita sendiri masih banyak Allah tutup..

"Eh korang ingat tak dia ni dulu kaki clubbing, hari-hari balik rumah mabuk, bawak balik jantan..haa dialah yang pakai tudung labuh sekarang ni.."

Nama pun dulu..Kenapa nak diungkit-ungkit? Bila orang tu kaki clubbing kau nerakakan dia..Bila dia dah tak ke sana, dia dah berubah, kau ungkit balik nak bagi semua orang ingat..Kau nak apa sebenarnya?

Yang pastinya dia dah jadi lebih baik..Tapi kita? Masih lagi tak berubah-ubah terbenam di takuk yg lama..

Ye, memang, kau mampu melangkahkan kaki ke masjid setiap hari, solat jemaah tak tinggal, luaran kau mungkin nampak zuhud dan tunduk patuh..Tapi dalaman kau sedang bernanah dengan ujub dan riyak..

Yes, kau memang tutup aurat sempurna dari atas ke bawah, bserstokin, berstongan lengkap, zahir kau memang tidak nampak, tapi batin kau mungkin sedang bengkak..Bengkak dengan pujian dan kebanggaan..

Hati-hati!

Boleh jadi, kaki maksiat yang menangisi secebis taubat itu lebih baik daripada si taat yang berasakan dia sudah hebat dan sudah selamat..

Kau tahu siapa yang berada di neraka paling bawah?

Bukan si kafir yang menyekutukan Allah..Tapi si munafik..Yang berpura-pura baik depan manusia, tapi bila dia duduk seorang diri tanpa ada seorang pun manusia yang melihat, dialah yang paling syaiton sekali..

Dia fikir mampu memanipulasikan pandangan manusia terhadapnya, tapi dia lupa..syurga dan neraka itu Allah yang punya..Dan Allah tahu setiap inci keluk busuk hatinya..

Banyakkan muhasabah hati sendiri..Jangan sibuk nak mengintai aib orang sana sini..Hidup ni takda masa nak nilai orang..Nilai dulu hati sendiri..

Boleh jadi, keikhlasan si penzina yang membuang duri di jalanan, asbab Allah merahmatinya dan memberi kunci kepadaNya untuk masuk ke syurga..

Dan boleh jadi, kotoran riak dan ujub yang kau baja dalam hati, asbab pohon amalan kau rosak menjadi debu di hari akhirat nanti!